Thursday, November 24, 2011

JEMPUT-JEMPUT PISANG TEPUNG BERAS


Assalamualaikum wbh...

Sejak kebelakangan ini apabila bangun pagi ajer terasa nyaman dengan udara yang bersih dan segar.

Pagi ini kesegaran yang saya nikmati  bertambah segar dengan kicauan burung-burung yang bertandang.

Sungguh indah dunia ciptaan Allah! Terleka dan terlupa sebentar dengan dugaan yang menghambat diri.

InsyaAllah ini semua terapi dari Allah yang diberi percuma untuk kita makhluknya.....

Semalam selepas menghantar anak ke hospital untuk menjaga atoknya , saya sempat singgah di Pasar Borong 

Selangor untuk mendapatkan bekalan barang basah selama seminggu.

Seronok juga pergi time weekdays ni selain orang tak ramai harga pun boleh tahan juga......

Bila sendirian kesana saya ada masa untuk merancang apa yang akan dibeli....

Pisang masak ranum antara list kerana sebenarnya saya telah lama nak mencuba jemput pisang guna tepung 

beras ni.... Anak saya Lisa amat gemarkan 'cekodok' pisang. Begitu juga yang lain.



Selama ini saya hanya menggunakan tepung gandum apabila membuat jemput-jemput pisang. Tapi apabila 

membaca N3 dari blog Bdaria terasa ingin pula mencuba menggunakan tepung beras.

Hasilnya amat memuaskan dan memang ada sedikit perbezaan menggunakan tepung beras. Jemput-jemput

 lebih ranggup diluar dan di dalamnya lebih lembut dan berlemak. Akan datang saya pasti akan gunakan 

resepi Bdaria ini lagi... Thanks Bdaria atas perkongsian itu.

Kepada yang nak mencuba bolehlah ke blog Bdaria dan untuk memudahkan lagi saya catatkan 

di sini juga resepinya. Cuma sukatanya perlulah agak-agak sendiri ya, kepekatan batter tersebut kerana ianya

 bergantung kepada jumlah , jenis dan kandungan air dalam pisang yang di gunakan.



JEMPUT-JEMPUT PISANG


BAHAN-BAHAN

Pisang secukupnya
(saya guna 1 kilo)

tepung beras
( saya guna 1/2 kampit ++)

air kapur
( saya guna sedikit saja)

2 -3 tbsp gula

secubit garam

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Lenyekkan pisang atau kisar halus.

2. Masukan gula, garam dan air kapur. Gaul rata.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.

4. Apabila telah sebati semuanya, perapkan sebentar lebih kurang 30 minit.
( saya buat waktu masak tengahari dan goreng waktu petang)

5. Goreng dalam minyak penuh yang panas dan kecilkan sedikit api apabila jemput-jempu mula kehitaman.

6. Angkat dan toskan minyaknya. 


3 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kak yan.apa kabar?Nk cuba la guna tepung beras buat jemput2..xsabar nk tau camna ke lainanya....nak cari pisang dulu!!

HomeKreation said...

Aslmkm. Ni sesuatu kelainan ni... Kalau Yan koyakkan dapat ler nengok isi nya. Along nak cuba nanti 1 hari nanti.

SITI NOARIZAH ARIS said...

Kak yan sy baru terfikir nak buat cengkodok labu guna tepung beras tapi risau jadi lain je... bila tgk akk dh mulakan dgn cengkodok pisang nmpaknya sy kena buat jugak esok gunakan cengkodok labu gunakan tepung beras pulak..klau rajin ambik gambar sy sharekanlah kat blog MAA sy tu yea..:)