Assalamualaikum...
Permulaan tahun baru dalam Islam baru saja bermula...tentu pelbagai azam di tanam untuk mengharungi detik-
detik waktu di tahun baru ini membaiki apa yang terkurang di tahun sudah.
Bagi saya 1432 Hijrah berakhir dengan sebuah ingatan yang amat menyedihkan apabila emak yang saya
sayangi dan kasihi pergi menemui Ilahi pada 24 November tempohari.
Sudah begitu kehendak Ilahi yang mana emak pergi dulu sedangkan abah masih terlantar dihospital.
Walaupun pilu tetapi saya redha atas segalanya dan berdoa semuga roh emak di tempatkan bersama
orang-orang yang beiman.
Tidak dapat saya lupakan wajah emak yang 'senyum' sewaktu mencium dahinya untuk kali
terakhir........
(gambar dari arkib sentuhan azian)
Masih segar di ingatan detik-detik terakhir saya bersama emak. Sejak abah sakit dan di masukkan kehospital
emak kelihatan agak kurang dari kesihatannya. Ketika saya pulang dan berpeluang menjaganya,
beliau tidak langsung berselera makan maka saya buatkan Mee Sup . Alhamdulillah beliau jamah
juga bila saya suapkan mee itu. Dan itulah masakan terakhir saya untuk emak. Walaupun mudah saja
membuatnya tapi saya puas hati kerana emak makan juga walaupun sekadar mengalas perut.....
Kini segalanya tinggal kenangan , hanya mampu diingat segala nya dan tak mungkin saya lalui kenangan itu
kembali.....
5 comments:
Assalamualaikum..Takziah buat Azian atas pemergian ibunda tercinta menghadap Ilahi. Memang bukan mudah melalui saat2 begini..Semoga rohnya ditempatkan bersama2 golongan yang beriman & beramal soleh..Amen
alfatihah. moga roh Bonda diletakkan di sisi mereka yang ebriman dan beramal soleh, amin. kjee haraap Azian sekeluarga tabah menghadapi ujian dari Allah swt.
takziah kak Yan, semoga arwah ibu akak tenang di sana dan ditempatkan disisi orang2 yang soleh
sabar yer kak Yan, banyakkan sedekah al fatihah, !!
Takziah buat Azian & keluarga... mudah2an roh emak Azian dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman
Salam Takziah buat Azian & family ya..moga2 roh arwahnya di tempatkan disisi orang2 yang beriman..insyaallah..
Post a Comment