Friday, May 20, 2011

GERMAN CHOCOLATE CAKE


Assalamualaikum...

Anak sulong saya pernah bercerita , ketika beliau tinggal di USA dulu 'host family' nya sering membuat 

German Chocolate Cake dan beliau amat menggemari rasa 'nutty' pada kek itu.

Oleh kerana saya  teruja mendengar cerita beliau maka saya mencari resepi nya. Akhirnya saya 

mengambil keputusan mencuba resepi dari All-receipi. 

Oleh kerana saya tidak berjaya mencari kacang Pecan, maka saya gantikan dengan hazelnut. Percubaan pertama 

saya memuaskan hati cuma agak manis sedikit untuk saya walaupun menurut 'kakak' memang begitu rasanya.

Ini adalah kerana toppingnya menggunakan susu pekat manis.

Saya juga menggantikan dark chocolate dengan milk chocolate kerana hanya coklat itu yang ada di simpanan.

Apa pun saya menggemarinya kerana saya menyukai aroma dan rasa kelapa kering yang di campur bersama 

hazelnut dan susu pekat manis.




GERMAN CHOCOLATE CAKE

BAHAN-BAHAN

120 gm german sweet chocolate
(saya guna milk choc)

2/3 cwn butter

1 1/2 cwn gula kastor

1 cwn buttermilk

2 biji telur

1 tsp baking powder

1/2 tsp soda bikarbonat

2 1/2 cwn tepung kek

1/2 tsp garam

1 tsp esen vanila

TOPPING

3/4 cwn susu pekat

1/2 cwn butter

1/2 cwn gula perang

1 1/3 cwn kelapa kering

1 cwn kacang pecan
( panggang dan cincang)

3 biji kuning telur

1 tsp esen vanila.

CARA MEMYEDIAKAN:-

1. Ayak bersama tepung, soda bikarbonat, baking powder dan garam.

2. Alas dan gris tin pembakar.Panas kan oven 175-C.

3. Cairkan chocolate secara double boiler dan sejukkan.

4. Pukul butter bersama gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan chocolate yang telah di cair kan dan esen vanila. Kaup adunan hingga sebati.

5. Masukkan tepung berselang seli buttermilk sehingga habis. Jangan terlalu memukul adunan. Cukup sekadar kaup balikkan sahaja.

6. Masukkan ke dalam tin pembakar dan bakar selama 40-60 minit.Angkat dan sejukkan.



TOPPING

1. Cairkan butter .Masukkan susu pekat dan gula perang. Gaul rata sehingga sebati.Tutup api.

2. Kacau sedikit kuning telur di dalan bekas berasingan. Masukkan sesenduk campuran butter tadi ke dalam kuning telur sambil di kacau supaya telur tidak bergentel atau masak.

3. Setelah rata, masukkan kuning telur tadi  dan esen vanila kedalam campuran butter sambil di kacau. hidupkan api dan masak hingga pekat atau keperangan.Tutup api.

4. Masukkan kelapa kering dan kacang pecan. Gaul rata.

5. Potong di bahagian tengah kek dan ratakan topping. Cantum semula kek .

6. Ratakan topping di bahagian atas kek. Taburkan sedikit kelapa kering untuk hiasan.


1 comment:

Unknown said...

macam sedap ajer azian..nanti virus r datang leh lah mencubanya