Thursday, March 24, 2011

BINGKA SUKUN


Assalamualaikum. Saya beli buah sukun dengan harga rm 1 sebiji. Ini disebabkan saya telah memborong 

barang lain seperti ubi kayu, pisang dan keladi.

Mengikut perancangan awal saya nak buat kerepek sukun tetapi di sebabkan asyik tertunda-tunda hari buah 

sukun saya pun dah masak ranum dan berbau harum. Saya jarang makan buah sukun ni kerana ia 'berangin'.

Jika dulu bila buah sukun masak saya sering buat jemput-jemput. Kali ni saya nak try buat bingka. 

Sedap!




Bahagian yang berkerak tu yang paling best!


BINGKA SUKUN

BAHAN-BAHAN

2 1/2 cawan isi buah sukun
(yg masak ranum)

2 biji telur

2 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan santan pekat

1 cawan gula

sedikit marjerine & secubit garam


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Sapukan sedikit marjerine di permukaan acuan bingka dan letakkan di atas api yang kecil.

2. Satukan semua bahan kecuali marjerine dan kisar hingga  halus /sebati.

3. Tuang ke dalam acuan yang panas dan taburkan sedkit marjerine di permukaan adunan bingka.

4. Tutup dengan penutup bingka dan teruskan masak selama lebih kurang 1 jam atau permukaan mula garing dengan api yang betul-betul perlahan.

5. Sejukkan sehingga benar-benar sejuk baru di keluarkan dari acuan dan boleh di potong.


No comments: