Friday, February 18, 2011

Red Velvet Cheese Brownise


Si merah baldu ini berjaya memikat hati saya untuk mencuba. Pada mulanya ketika sedang di dalam oven 

saya berkata kepada teman yang kebetulan berkunjung ke rumah bahawa red velvet saya telah bertukar ke 

pink velvet. Memang warnanya agak lebih terang kerana saya telah mengubah resepinya dari dark chocolate 

kepada white chocolate. Bila telah masak nyata saya begiru puas hati dengan warna dan rasanya. Agak manis 

sedikit kerana ianya perlu lebih gula supaya terdapat kepingan merekah ranggup di atas.

Kesukaan Lisa kerana saya perhatikan setiap kali dia makan pasti habis dua keping....


Sedap juga jika strawberry filling di tambah di atas permukaan cream cheese.

RED VELVET CHEESE BROWNISE

BAHAN-BAHAN

1/2 Cawan butter

90 gm dark chocolate ~~saya tukar white chocolate

1 cawan gula

2 biji telur A

1 1/2 tsp pewarna merah

2/3 Cawan tepung SRF

1/4 tsp garam

CREAM CHEESE

240 gm cream cheese

1 biji telur A

1/3 cawan gula

1/2 tsp esen vanila.

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Panaskan oven. Alas loyang dengan aluminium foil dan griskan.

2. Cairkan chocolate dan butter. Sejukkan sebentar.

3. Putar gula , telur dan pewarna hingga sebati.

4.Masukkan campuran butter dan chocolate ke dalam telur dan seterusnya tepung yang telah di ayak sambil di kaup rata.

5.Masukkan kedalam loyang dan ratakan.

6. Satukan adunan crean cheese dan putar sehingga sebati.

7. Ratakan di atas adunan asas tadi dan hias sesuka hati.

8. Bakar selama 40 minit 160-C atau mengikut oven masing-masing.



3 comments:

Intan Fadlina Ramli said...

mohon share resipi Red Velvet :')

Intan Fadlina Ramli said...

mohon share resipi Red Velvet ni :')

Intan Fadlina Ramli said...

Mohon Share resipi ni