Ketika saya mengajar di sebuah sekolah di Bukit Changgang saya sering membeli tempe goreng begini dari
makcik kantin ketika waktu rehat. Makanan yang mengenyangkan begitu membuka selera saya lebih-lebih
lagi apabila telah di salut dengan cili sos. Saya dan teman-teman guru selalu memesan awal supaya tidak kehabisan.
Ditambah dengan makan beramai-ramai tentulah lebih berselera! Sungguh indah kenangan itu....
Tempe ini telah di beli oleh suami saya . Walaupun kami berdua bukan dari keturunan Jawa tetapi kami
memang sukakan tempe!
Saya buat Tempe Goreng Ketumbar itu sebagai sarapan pagi.
TEMPE GORENG KETUMBAR
BAHAN-BAHAN
2 Peket tempe
1 sudu besar ketumbar
1 Sudu besar Jintan manis
4-6 ekor ikan bilis
1 sudu besar cili kering kisar
2 Sudu besar tepung gandum
1 Sudu besar kunyit serbuk
Garam n gula secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Tumbuk Jintan manis ,ketumbar dan ikan bilis .
2. Potong tempe mengikut citarasa.( saya suka nipis-nipis)
3. Gaulkan semua bahan kecuali tepung hingga rata.
4.Taburkan tepung gandum dan gaul rata.
5. Goreng hingga garing.
6. Makan bersama sos cili. ( saya guna sos cili Mae-Phranom)
2 comments:
salam kak Azian,
firstly nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi melawat saya di SSDL walaupun setelah sekian lama saya terpaksa berehat menulis baru2 ni. tempe goreng gtu dah lama saya tak menikmati, teringin gak niiii hehheee, mintak sikit boleh ke...hehehe
Salam singgah ukhwah dari Kak G.
Selamat Tahun Baru 2011 & Tahun Hijrah 1432.
Sambil itu Kak G cuba menepati Misi di Maya:
- Ikhlas bersilaturrahim sesama insan bloggers.
Jadi Kak G cuba ziarah rakan blogger yang pernah ke laman Kak G.
Hmmm ... Mak Kak G suker ni.
Post a Comment