Wednesday, December 8, 2010

Tempoyak Udang



Stok terakhir tempoyak perlu di habiskan. Lepas ni bolehlah buat tempoyak semula dan penuhkan stok di 

dalam peti sejuk. Tempoyak ni sebenarnya ada dua versi. Kalau ikut family sebelah saya lebih suka yang 

masam-masam sikit kerana suka buat gulai asam tempoyak. Tapi jika di sebelah family suami pula mereka 

lebih ke manis sikit. Itulah perbezaan yang saya perhatikan.Apa pun bagi saya dua-dua perlu ada!

Kali ini saya buat tempoyak udang. Sering menikmati hidangan ini bila kerumah saudara mara sebelah suami 

saya. Anak-anak memang menggemari masakan ini.Kali ini suatu perubahan telah berlaku kerana anak kedua 

saya Amirul yang tidak gemarkan tempoyak boleh berebut-rebut pula makan tempoyak udang yang saya 

masak kali ini. Makan bersama nasi panas dan ikan goreng. Asam pedas ikan kembung yang saya masak 

masih berbaki. Kuat juga aura tempoyak udang ni yer sehingga boleh mematahkan selera orang ke atas asam pedas!



TEMPOYAK UDANG

BAHAN-BAHAN

1/2 Kilo udang

1/2 kilo santan

3 Sudu besar tempoyak

segenggam cili api^

1 1/2 inci kunyit hidup^

5 batang serai*

3 helai daun kunyit*


CARA MEMASAK

1. Tumbuk bahan yang bertanda ^.

2. Hiris halus bahan bertanda*

3. Satukan bahan yang di tumbuk, santan dan tempoyak. Kacau di atas api.

4. Masukkan bahan yang di hiris . Apabila kuah mula memekat masukkan pula udang.

5. Tambahkan garam secukup rasa dan masukkan asam keping(jika perlu).

6.Angkat.



2 comments:

UmMi 3A/TintaCyber said...

malam2 nie.bila meyeongkar dapur kak azian meleleh air liur tengok tempoyak udang,,laparr lah pulakk..sedappnyaaa...kalau kuah tu di bubuh dgn nasik panas2...kempunanlah aku..takde stok tempoyak nie..:)

Azian Nd said...

hehehe kelakar lah tintacyber ni...apa pun mkn dgn nasik panas memang ummph!