Friday, December 24, 2010

Nasi Ayam Ibu


Hari Jumaat kali ini saya anak beranak kecuali suami menikmati hidangan Nasi Ayam Ibu selepas anak-anak 

lelaki saya pulang dari bersolat Jumaat.

Tentu gembira ya anak-anak bila pulang melihat nasi ayam kegemaran mereka terhidang. Dan saya pula 

memasak resepi yang mudah dan segera.  Kadang-kadang memang terasa penat memasak ini bukan sewaktu 

memasak tetapi proses mengemasnya. Apatah lagi jika dari awal proses tiada siapa yang membantu.

Itu yang selalu keluar menu yang mudah dan ringkas.Kalau terpikat melihat gambar nasi ayam itu dan ingin 

mencuba bolehlah ikut resepi di bawah......

Nasi Ayam Ibu

BAHAN-BAHAN

6  pot beras wangi

1 labu bawang besar

1 batang serai
(di titik)

2 helai daun pandan
(disimpul)

Air rebusan ayam secukupnya
(ukuran saya tinggi nasi tanpa air sama paras tinggi air
ketika di dalm periuk nasi)

1 ekor ayam
(belah 4-cuci)

1/2 Kiub ayam

2 sudu besar minyak sapi

2 Inci halia

Rempah penumis

1/2 cawan susu segar

pewarna kuning

Timun/ daun salad



CARA MEMASAK:-

1. Rebus ayam dalam air yg mencukupi utk nasi dan sup . 

2. Masukkan 1 Inci halia yang dihiris tebal.Masak sehingga hampir empuk.Angkat dan toskan


NASI 

1. Tumis hirisan 1/2 labu bawang besar dan rempah penumis dengan minyak sapi. Bila layu masukkan serai dan kacau sebentar.

2. Masukkan air secukupnya dan biar mendidih.

3. Masukkan kiub ayam,pewarna,garam secukup rasa, daun pandan dan susu segar.Masukkan juga beras dan tanak hingga nasi masak. ( guna rice cooker lebih mudah.) 


AYAM

1. Setelah ayam di toskan, lumur dengan sedikit sos tiram, garam, kunyit hidup dan sedikit madu.

2. Goreng dalam minyak penuh . Menggunakan madu membuatkan ayam cepat hangus kehitaman. Perlu di terbalikkan selalu. 

3. Angkat ,toskan minyak dan ketuk ayam dahulu dgn parang sebelum di potong.



SUP

1. Tumis bunga lawang dan buah pelaga beserta 1/2 labu bawang besar yang dihiris hingga naik bau.

2. Masukkan air rebusan ayam tadi dan biar menggelegak. 

3. Taburkan lada sulah dan garam secukup rasa.Angkat.





SOS CILI

1. Kisar 6 biji cili, 2 ulas bawang putih dan 1 tsp sos tiram dengan 1 cawan air.

2. Masak di atas api sehingga pekat warna cili.

3. Masukkan 2 sudu makan sos cili dan 1 sudu makan sos mae phranom. Masak hingga agak pekat.Tambahkan garam dan gula jika perlu.


KICAP

1. Tumbuk 2 Ulas bawang putih dan 1 biji cili api.

2. Tumis dengan sedikit minyak dan masukkan 3/4 cawan air rebusan ayam.

3. Masukkan kicap 3 sudu sos cair dan 3 sudu sos pekat manis.

4. Bila menggelegak masukkan 2 sudu tepung jagung yg di cairkan dgn sedikit air dan 1 sudu minyak bijan. Angkat.


Nota: Hidang nasi bersama  sup, sayur timun dan salad  serta ayam yang bersiramkan sos cili dan kicap.



2 comments:

Cendana Kasih said...

aduh kak..sedapnyer nasi ayam...saya tak masak hari ni..malas.. anak2 makan megi jer...

Akak Kembang said...

sedapnyer nasi ayam ni..nanti nak trylah buat..