Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera di pagi yang ceria ini .Sungguh syahdu di pagi yang nyaman ini
walaupun hampir pukul sepuluh pagi.Terdengar kicauan burung yang singgah di taman menghirup manisan dari
pohon 'rangoon creeper' yang mengeluarkan bauan yang semanis buah rambutan. Terdengar juga jeritan
kegembiraan anak kecilku Lisa sedang mandi di 'kolam' kanvas nya....
Semuga semuanya mendamai dan membahagiakan..InsyaAllah lebih-lebih lagi kita akan memasuki tahun baru
hijrah beberapa jam dari sekarang.Kepada teman-teman jangan lupa membaca doa akhir dan awal tahun seperti di sini.
Saya telah pun mengantung 'langsir baru' dan semuga segalanya menjadikan saya semakin bersemangat untuk
berkongsi resepi yang sejak akhir-akhir ini ekoran dari kehilangan kamera saya dan kegagalan berfungsi
kamera Ashiqin membuatkan saya kurang meng 'upload' resepi. Kini saya hanya menggunakan kamera dari
talifon yang kadangkala gambarnya kurang memuaskan. InsyaAllah jika ada rezeki saya bercadang untuk
meninjau DSLR pula kerana kebetulan anak saya memerlukannya untuk semester kali ini.
Pagi ini saya menyediakan Karipap Daging untuk sarapan pagi. Menggunakan resepi yang telah saya gunakan
sejak dari dulu kerana keluarga saya memang menggemari sangat-sangat kuih Karipap.Kebetulan inti karipap
masih ada dalam freezer maka saya hanya perlu menguli kulit nya saja. Kulit karipap ini saya pelajari dari jiran
ketika tinggal di Menara Sri Cendana dulu iaitu Kak Miah. Dengan keikhlasan dan keberkatan ilmu yang
diberi ianya sentiasa memuaskan hati mereka yang memakannya.Kepada mereka yang ingin mencuba
silakan....
INTI KARIPAP
BAHAN-BAHAN
300 gn daging
( cincang/potong kiub kecil)
4 Ulas bawang merah*
2 Ulas bawang putih*
sehiris halia*
1 Peket rempah kari daging
(saya guna Babas /cairkan dgn sedikit air)
2 sudu makan cili kisar
4 biji kentang
(potong kiub)
1 biji bawang besar
( cincang/potong kiub)
daun kari/ sup
(salah satu ikut suka)
garam n gula secukup rasa.
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Tumbuk bahan yang bertanda *.
2. Goreng daun kari ( jika guna daun kari) dan masukkan bahan yang ditumbuk .Masakkan hingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan rempah kari . Masak api kecil hingga agak garing.
4. Masukkan daging cincang dan kentang, gaul rata.Masukkan air separas kentang dan daging.Masak hingga pekat /hampir kering.
5. Bila pekat masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan bawang cincang dan masak hingga pekat.
6.Masukkan daun sup (jika guna daun sup). Gaul rata dan angkat.Sejukkan.
Karipap menggelembung fav suami saya.
KULIT KARIPAP
BAHAN DIPERLUKAN
1/2 kilo tepung
1/2 cawan minyak masak
1 tbsp marjerine
Air panas bercampur sedikit garam secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Masukkan marjerine dan gaul rata bersama tepung.
2. Panaskan minyak dan curahkan kedalam tepung.Gaul rata menggunakan sudu.
3.Masukkan air panas bergaram sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut .
4. Ambil sedikit tepung, bulat-bulatkan dan gelek nipis.
5. Masukkan inti dan lipat dua. Tekan-tekan hujung permukaannya dan kelim.
6. Goreng karipap dalam minyak penuh dan api yang sederhana. Masak hingga kekuningan dan angkat serta
toskan minyaknya.
Nota: Untuk mendapat karipap yg menggerutu, Panaskan minyak hingga betul-betul panas dan masukkan karipap. Bila kulitnya mula menggelembung kecilkan api dan terus memasak hingga kekuningan.
9 comments:
Salam K.Azian.. Salam Maalhijrah.. semoga lembaran baru dan terhapus dosa yang lalu.. jgn lupa baca doa akhir n awal tahun.. Akak feberet Karipap.. laju2 datang hu hu hu nak tapau kakakKu he he he rajinnyer..
salam kak azian,
Oh, saya suka karipap yang ada daging/ayam nih!
Wkmsalam Erma,
Karipap memang ramai yng gemar...haaa...bungkus sendiri yer...hihihi
Wkmsalam Nur...
Akak juga....
salam maal hijrah..ank kita pun suka karipap ni, tp mamanya kureng rajin hihihi
salam kak.yan cayang... nih dtg nak makan `gyoza` mesia aka karipap! hihihi... ader lg tak?? nakkk byk2... kekeke.. salam maal hijrah kak yer..
Kak Rosaliza....saya tu tgh time rajin laa...hihihi
Wkmsalam Hana, Hana punya pasal akak buat byk2...jgn risau....
ini barulaa karipap.. hehehe
Post a Comment