Hari yang menyamankan. Setiap hari bila bangun pagi sekarang ini suasana begitu nyaman. Ye lah setiap hari
hujan turun...
Hari ini mood terlebih baik. Awal pagi lagi dah masak. Sayur pun saya masak terus sebab bila dah siap semua
kerja bolehlah saya bersantai mengadap lappy sementara menunggu masa nak ambil anak-anak balik sekolah.
Kalau anak-anak saya masa kecil-kecil dulu panggil sayur broccoli tu sayur pokok. Mungkin sebab ia
nampak seperti sebatang pokok!. What ever laaaa....yang penting dia orang suka makan.
Hari ini saya masak yang paling simple iaitu Butter Broccoli. Senang tapi sedap! itu yang penting.
BUTTER BROCCOLI
BAHAN-BAHAN
2 Pohon Broccoli
1 tin cendawan butang
50 gm butter
1 kiub ayam
4 Ulas bawang putih
Sedikit lada sulah dan lada hitam.
CARA MENYEDIAKAN
1. Potong broccoli dan celur sebentar. Masukkan sedikit minyak dan garam supaya broccoli nampak segar.
2.Angkat dan toskan.
3. Tumis bawang putih cincang dengan butter hingga agak garing.
4. Masukkan Cendawan butang dan taburkan kiub ayam . Masak sebentar. Masukkan pula Broccoli dan
taburkan sedikit lada sulah serta lada hitam.Gaul rata dan angkat.
1 comment:
Salam.. Kak Yan..mmmm rindunyer.. lama x lepak dapo akak..mmm sedapnyer..masak lemak salai ni.. kak teringat kalu blk kg SK area kuala Pilah ye kak yang ader jual salai2 kat tepi jalan tu.. he he eh
Post a Comment