Salam, lama sungguh tak menayang masakan kat blog ini.Kekangan waktu membuatkan saya terpaksa
melupakan sebentar niat untuk mengemaskini blog ini. Semakin menghampiri hari lebaran semakin banyak
tugas dan tanggungjawab yang perlu di bereskan apatah lagi segalanya terletak di bahu sendirian.
Sehingga hari ini belum lagi memulakan projek membuat biskut tetapi anak ke empatku Imran sudah mula
bertanya. Mungkin kerana rakan-rakan di sekolah mula bercerita ibu mereka membuat biskut itu dan ini.
Apapun hari ini cadangnya ingin ke BWY untuk membeli barang keperluan dan mungkin malam ini bermulalah
projek mengukis pula...hihihi.
Hari ini saya ingin berkongsi kuih kegemaran kami sekeluarga. Cucur Udang. Setiap kali buat pasti habis dan
sebab itulah juga pada bulan ramadhan ini telah berkali-kali saya membuatnya.
Jom kita tengok resepi simple yang sering saya gunakan. Maaf kerana saya tidak punya sukatan
sebenar.Hanya agak-agak saja.
CUCUR UDANG
Sumber :Azian Collections
BAHAN-BAHAN
400 gm Udang
( buang kepala saja/ rebus kepala , blender & tapis.)
400 gm tepung gandum
1 sudu makan soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning telur
1 biji telur
Taugeh
Daun Kucai
Bawang besar
BAHAN SOS
8 Biji cili merah
1 sudu makan sos tiram
1 Ulas bawang putih
2 Sudu makan sos cili
(saya guna mae pranhom)
sedikit air asam
(saya allergy dgn cuka)
garam & gula secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan tepung, soda dan sedikit garam. Masukkan telur dan stok udang serta pewarna. Batter hendaklah tidak terlalu cair atau pekat.
2. Masukkan bawang besar yang telah dihiris dan kacau rata. Perap adunan selama beberapa jam.
3. Masukkan taugeh dan kucai yang di ramas sedikit . Gaul rata sebelum memasak cucur.
4. Panaskan senduk bulat di dalam minyak penuh. Tuangkan batter dan letakkan udang di atasnya sambil di tekan sedikit agar tidak terpisah sewaktu menggoreng.
5. Apabila agak kekuningan kuis sedikit supaya terpisah dari senduk.
6.Ulangi proses yang sama sehingga selesai.
7. Blender cili merah dan bawang putih dengan air. Air perlu banyak kerana cili perlu di masak lama.
8. Masak di atas api sederhana . Masukkan sos tiram dan masak hingga agak pekat.
9. Apabila mula pekat masukkan cili sos , air asam,garam dan gula secukup rasa.
10. Biarkan masak sebentar dan angkat.
No comments:
Post a Comment