Tuesday, March 2, 2010

ROTI JALA



Oleh kerana kuah kari masih ada berbaki dan kebetulan telah lama juga aku tidak mengirai roti jala maka untuk sarapan kali ini aku merajinkan diri membancuh tepung . Buat yang instant saja. Selalunya aku lebih senang memerapkan ia untuk seketika untuk mendapat tekstur yang lebih lembab dan cantik.
Antara bahan yang di guna ialah:

2 Cawan tepung

1 Biji telur

1/2 Cawan susu sejat/ santan

Pewarna kuning telur

Air secukupnya

Secubit garam

CARA MEMASAK

1. Satukan kesemua bahan. Pastikan bancuhan cair seperti membuat kuih ketayap.

2. Griskan kuali leper dengan sedikit minyak. Tuang bancuhan kedalam acuan dan kirai membulat. Biar sebentar sehingga hujung kelililinya kelihatan sperti terangkat sedikit. Angkat dan lipat mengikut citarasa. Ulangi sehingga habis.

Nota: Roti jala juga enak dimakan bersama serawa durian.




2 comments:

HALAMANKU said...

Salam.. kak YAn rajinnyer akak menjala... boleh past sikit kat orang yang lama x menjala ni.. syedapnyer..jgn lupe tinggalkan tuk erma sepinggan..

Anonymous said...

cedapnyeee!!!
dh lame tak makan roti jala n kari, duk umah bujang mkn roti putih ngan marjerin je..sedap skit pun mkn ngan telur hahah