Hari ini merupakan hari kelahiran anak keempatku Ariff Imran yang ke sepuluh tahun. Tentulah aku akan menghidangkan sesuatu yang di gemari oleh anakku itu. Maka aku memasak nasi beriani yang begitu simple sebagai hidangan dan berlaukkan ayam masak merah dan pajeri terung serta papadom .
Kebetulan telah lama tidak memasak pajeri terung. Dan baru-baru ini suamiku ada menyebut lalu inilah peluang untuk memasak sebagai gandingan bersama lauk yang lain.
Bercerita pasal pajeri ini aku sebenarnya memang menyukai masakan ini kerana sejak dulu emakku sering memasaknya. Dan semestinya pajeri yang paling enak buatku ialah dari air tangan emakku. Telah lama tidak menikmatinya memandangkan emakku telah tidak kuat untuk memasak. Selain terung, emak selalu memasak pajeri nenas, kedondong dan mangga. Sungguh enak walaupun cara memasaknya hanya 'campak-campak' aje....
BAHAN-BAHAN
2 Biji terung panjang
1 Biji kelapa
(1/2 dibuat kerisik & 1/2 utk santan)
4 Ulas bawang merah
2 Ulas bawang putih
2 Sudu besar udang kering
1/2 inci halia
1 peket rempah ikan
air asam jawa
2 Sudu cili kisar
2 Sudu besar gula
garam secukup rasa
CARA MEMASAK
1. Tumbuk bawang putih dan merah, udang kering dan halia hingga lumat.
2. Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan rempah yang telah di cairkan. Masak hingga garing di atas api kecil.
3. Masukkan santan dan masak hingga mendidih sambil di kacau selalu. Masukkan kerisik dan kacau lagi.
4. Masukkan terung yang selalu nya di belah 4 tidak putus. Masak hingga empuk atau layu.
5. Masukkan garam, air asam dan gula. Kacau sebati dan masak hingga kuahnya pekat.
Nota: Pajeri akan lebih enak jika ia agak manis sedikit.
No comments:
Post a Comment