Wednesday, February 24, 2010

PUDING ROTI


Telah lama ingin mencuba resepi Puding Roti dari dapur Puan Dr kita, Kak Ina. Kebetulan semalam ibuku memberitahu bahawa beliau dan adik beradik ku yang lain ingin menziarahi adik bongsu ku yang akan berangkat mengerjakan  umrah. Hanya sekadar berjumpa dan doa selamat kami adik beradik. Masing-masing bawalah 'Pot Luck'. Aku fikir yang lain pasti akan membawa yang berat-berat biarlah aku membawa dessert nya saja memandangkan jadualku agak begitu padat. Lalu inilah peluang aku mencuba resepi dari Kak Ina itu. Hasilnya sangat memuaskan. Begitu kena manis buahnya dengan tekakku.Apapun thanks Kak Ina dan minta izin tayang resepi kat sini yea. Semuga berpanjangan ......

BAHAN-BAHAN


10 keping roti gardenia

500 ml susu uht@ fresh milk

300 ml whip@fresh cream - klu xde cream pn xpe ganti dgn susu tp rasanya ttp sedap..

5 biji telur

100 gm gula castor

30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar)

50 gm raisins

sedikit potongan nenas tin (boleh gak ganti dgn lychee,epal hijau @ buah2an lain yg disukai)
( Saya guna mix fruits)

butter (untuk disapu pd setiap keping roti)

esen vanilla



Telur dan gula di pukul hingga gula hancur. then add milk, cream and esen vanilla dan pukul sebati.

susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.sambil ditabur kismis dan potongan nenas diantara lapisan roti dan lapisan atas sekali.then tuangkan bancuhan susu tadi. Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!)

bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 40-45 minit.(ikut oven masing2)




3 comments:

HALAMANKU said...

Salam K.Azian... cam syedap..SK suker makan puding2 erma suker watkan... x pernah cuba lagi puding roti bakar ni.. erma akan cuba nanti... nak sepotong...

ain said...

nampak cantik puding roti tu dn semestinya sedap!!!!

Anonymous said...

cedapppppnyeeee..my favourite desert