Monday, November 9, 2009

FRIED DUMPLINGS


Keluargaku memang meminati makanan Dim Sum. Sering juga menikmati nya di beberapa halal chinese restoran. Fried Dumplings adalah hidangan wajib yang tidak boleh tinggal  Tapi memandangkan harganya agak mahal dan untuk kami tentulah tidak boleh hanya sedikit hidangannya maka aku lebih gemar membuatnya sendiri.Lebih puas dan beraneka pilihan inti yang boleh di isi di dalamnya.
Sekiranya ingin menikmati hidangan halal Dim Sum atau Chinese Food  aku dan keluarga selalunya ke sebuah restoran Kopitiam ditingkat bawah Plaza Masalam Shah Alam ( terlupalah pulak nama kopitiam tu)  dan Dong Yi Shun di Plaza Summit USJ(promosi restoran kawan nampak!). Juga di beberapa hotel seperti di PJ Hilton dan Sheraton Imperial Hotel.
Apa-apa pun kita lihat dulu resepi fried dumplings caraku...

BAHAN-BAHAN:-

Kulit Dumpling
( didapati di pasaraya)

300 gm isi udang*

200 gm boneless chicken*

50 gm  lobak merah*

5 helai daun bawang*

3 Ulas bawang putih*

Lada sulah

Tepung jagung

Sedikit sos tiram

2 biji putih telur

1 tsp minyak bijan


CARA MEMBUAT:-

1. Cincang halus bahan yang bertanda*. Asingkan.

2. Tumiskan bawang putih bersama sedikit minyak hingga naik bau.

3. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan sos tiram dan lobak merah. Kacau rata dan biarkan layu

4. Masukkan isi udang. Gaul rata.

5. Bila telah rata masukkan pula 1 biji putih telur, sedikit saja garam, lada sulah dan tepung jagung yang telah dicairkan. Kacau rata.

6. Akhir sekali masukkan daum bawang dan minyak bijan. Gaul rata dan angkat. Biar sejuk.

7. Isikan inti ditengah kulit dumpling dan sapukan telur putih di keliling inti. Lipat atau bunjutkan ia.

8. Goreng dumpling dalam minyak penuh.

3 comments:

UmMi 3A/TintaCyber said...

cuti sekolah nanti saya nak cuba resepi kak nie...sedapnya...dah lama saya teringin nak buat dumpling nie...kalau kat kuching susah nak cari yg halal..

sue lyza said...

dumpling3 . mmg da lame sangat cari resipi ni . nak tny ckit ni , dumpling cara akak ni goreng dlm minyak yg penuh , tp ada org yg goreng dumpling ni xbyk minyak . bahagian bwh dumpling je yg garing berbanding bhgian atas . so , mne satu yg lbey bgus ?

Azian Nd said...

Sue lyza,
Saya sukakan dumpling yg masak di bahagian bunjut nye dan ranggup di bahagian atas.
Mungkin ada berbagai teknik memasak utk dumpling
tepuk dada tanyala selera....