Thursday, November 12, 2009

DALCA TULANG



11 November 2009 merupakan ulangtahun perkahwinanku.. Hampir memasuki dua dekad. Alhamdulillah, semuga Allah memanjangkan usia perkahwinanku hingga ke akhir hayat dan berbahagia selalu hendaknya. Bak kata orang, tidak semestinya tiada cinta sebelum kahwin tidak boleh berpanjangan. Cuma hingga ke hari ini aku masih lagi dalam proses 'mengenali' dalam erti kata yang sebenarnya.Dan yang pastinya,Qada & Qadar tuhan itu harus diterima kerana Allah memberi kepada mereka yang mampu menghadapinya.
Tiada sebarang sambutan meriah, Hanya makan-makan sekeluarga yang kebetulan pula semuanya ada. Aku hanya menyediakan Nasi Beriani sempoi, Dalca Tulang dan Ayam Masak Merah.Resepi yang lain boleh di dapati di N3 ku yang lepas dan jom kita layar resepi Dalca Tulang dari ku.






BAHAN-BAHAN

5 Ketul tulang lembu*

Segenggam kacang dal*

3 biji kentang*

1/2 peket rempah kari daging.

Rempah campak
( kayu manis/bunga lawang/pelaga)

1 cawan santan pekat

2 sudu besar cili kisar

4 Ulas bawang merah

2 Ulas bawang putih

1/2 Inci halia

2 Sudu besar air asam jawa

1/2  batang lobak merah

kacang panjang

cili hijau/merah

terung bulat

Tomato


CARA MEMASAK:-

1. Rebus hingga empuk bahan yang bertanda*.

2.Tumbuk kedua-dua jenis bawang dan halia.

3. Tumis bahan yang di tumbuk dan rempah campak hingga wangi( saya guna minyak sapi).

4. Masukkan cili kisar dan rempah. Tambahkan sedikit air dan kacau selalu hingga cili dan rempah masak garing. Masukkan sedikit garam.

5. Masukkan  tulang bersama airnya. Kemudian masukkan santan. Masak hingga kuah agak pekat.

6. Masukkan pula kacang dal dan kentang yang telah direbus. Biar menggelegak. Masukkan pula air asam jawa dan sayur-sayuran yang telah dipotong mengikut suka.

7. Akhir sekali masukkan daun kari dan tambahkan garam secukup rasa.

4 comments:

UmMi 3A/TintaCyber said...

selamat Ulang tahun perkahwinan...SeMoga berbahagia hingga ke hari akhirat....amin..

ain said...

salam kenal kak azian. tq singgah blog saya. rasanya belum terlambat to wish you happy anniversary!!!! 2 dekad..??? lama tu!! semoga kekal bahagia hingga akhir hayat!!!

Love2cook Malaysia said...

Kak Azian, Happy Anniversary ye kak! Wish U lots of happiness n peace in coming years! ;)

Azian Nd said...

Dear friends, Tq for the wish....