Friday, August 7, 2009

BUTTER PRAWN PENGANTIN

'Makan Berdamai' dan 'Makan Adap-adap' merupakan dua perkataan yang berbeza tetapi

mempunyai makna yang sama. N3 kali ini sepatutnya mempunyai kumpulan resepi yang

pelbagai. Tetapi keadaan tidak mengizinkan kerana gambar yang kuambil ketika majlis

perkahwinan itu telah terpadam dengan tidak sengaja. Hanya gambar ini yang dapat

kuselamatkan. Tetapi tidak mengapa suatu hari nanti bila ada waktu terluang aku akan

membuat masakan yang sama dengan dihiasi hiasan yang serupa untuk anak-anakku di rumah.

Semestinya akan dipaparkan di ruangan blogku ini..

'Udang panjat' ini kubuat dengan resepi yang begitu mudah tetapi menyelerakan iaitu Butter

Prawn.



BAHAN-BAHAN

1 Kilo udang

80 gm Butter

5 Ulas bawang putih
(Ditumbuk)

Daun Kari


CARA MEMASAK

1. Udang tidak perlu dipotong hanya perlu di cucuk dengan lidi supaya tegak bila dimasak.

2. Goreng udang hingga masak kemerahan.

3. Di dalam kuali lain, Tumis bawang putih dengan butter hingga garing. Masukkan daun kari dan udang. Taburkan sedikit garam dan angkat.

4. Tanggalkan lidi pencucuk udang dan hias mengikut suka.

Nota:- Gunakan udang galah untuk mendapat hasil yang lebih menarik.

No comments: