Monday, September 15, 2014

Ayam Masak Kicap Berempah.


Assalamualaikum ...
Anak-anak dah mula bercuti...emak-emak pun ada yang ambil cuti juga... 
Ini lah masa anak-anak nak makan 'sedap' air tangan emak.
Mungkin ada yang dah susun menu nak masak apa untuk cuti seminggu ni..


Selalunya anak-anak sukakan makanan yang berkicap...dan tentulah pilihan lebih kepada ayam berbanding daging...memang tak tolak kalau lauk ayam...
Apa kata kita masak Ayam Masak Kicap Berempah ni...Rata-rata anak tak kan tolak lauk ni...
Cuma kalau tak mau pedas sangat, kurangkan rempah dan cili kisar...atau beli saja cili kering yang tak pedas tu...letak banyak pun tak mengapa.


Kalau nak bawa anak-anak pergi picnic pun lauk ni paling sesuai untuk dijadikan bekalan...
Letak lobak merah, tomato dan kentang dah cukup sempurna gizi makanan yang perlu ada...
Tak ler kita kelam kabut nak buat persiapan makanan dan urusan keperluan lain...
Kalau rajin tu buat kan cupcake dan sandwich...eeeiii rasa nak ke laut ler pulak...jommm...

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH

BAHAN:1 ekor ayam- potong kecil, gaulkan dgn sedikit tepung dan cuci bersih. Toskan dan lumur dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. 1 peket rempah kari daging/ayam. Rempah penumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih) 6-8 ulas bawang merah + sebiji bawang besar. 3 ulas bawang putih. 1 1/2 inci halia. 3 sudu makan cili kisar. 2 biji buah keras. 3 batang serai.  Satu kiub ayam.  3/4 cawan Kicap manis. 2 sudu makan sos tiram.1/2 cawan air asam jawa.  Sebiji bawang besar dihiris bulat kasar. 1 Biji cili merah, 1 biji cili hijau. Kentang secukupnya di goreng wedges. Tomato.

CARA: Kisar bawang merah, sebiji bawang besar, bawang putih, sebatang serai, halia dan buah keras, Satukan cili kisar dan rempah kari. tambahkan sedikit air jika perlu untuk dijadikan pes. Panaskan sedikit lebihan minyak menggoreng ayam tadi. Tumiskan bahan kisar dan masukkan rempah penumis. Masak sehingga naik bau harum. Masukkan pula rempah dan lebihan serai tadi(di titik) Gaul rata dan masak hingga naik minyak...(saya lebih suka letak sedikit air dalam rempah dan masak lagi sehingga kering dan naik minyak lg) Masukkan pula sos tiram, kicap manis, kiub ayam dan air asam jawa. Ratakan dan bila menggelegak masukkan ayam, cili merah dan hijau dan bawang besar yang dihiris kasar. Tidak perlu di tambah garam dan gula...semuanya telah secukup rasa. Bila telah pekat seperti yang di kehendaki, angkat dan susunkan kentang goreng dan hirisan tomato di atasnya...
Selamat mencuba!
# Resepi ini juga boleh di tukar ayam kepada daging, rusa, kambing dll..



1 comment:

Ayu said...

Assalam Azian,
memang sedap lauk ayam masak kicap macam ni..daa kentang lagi tu ha..:)