Sunday, November 11, 2012

Nasi Komok terkini...


Assalamualaikum..
Nyaman sungguh di pagi Ahad ini. Moga hari bertambah ceria dengan anak-anak yang semuanya dah berkumpul cuti sekolah la katakan...
Ada yang masak ker hari ni atau kemajlis makan kenduri ajer? Cuti-cuti ni tentu banyak terima jemputan ya..
Hari ini juga merupakan hari istimewa bagi saya dan suami. 11.11.12 merupakan ulangtahun bermulanya kami memikul tanggung jawab yang begitu berat sebagai suami isteri...


Ni lah, saja nak share Nasi Komok saya yang terkini. Ada sedikit penambahan yang saya buat dalam memasak nasinya. Bila makan nasi tentulah kita nak yang lembut tapi berderai..
Kombinasi petua yang saya ambil dari sedara mara yang biasa memasak. 


Saya amat bersyukur kerana di pertemukan dengan rakan Fb yang sudi tolong membelikan rempah Nasi Komok walaupun saya tak pernah berjumpa beliau.Terima kasih banyak-banyak Aida... Kebetulan stok Nasi Komok saya dah kering. Anak-anak saya memang suka sangat makan Nasi Komok ni. Si kakak lebih suka Nasi Komok dari Nasi Arab sebab terasa rempah pada nasinya dan bersos pedas yang kena pada seleranya. Jadi tak perlulah saya masak yang lain sebab Lisa, anak saya yang paling kecil boleh makan nasinya dengan ayam sahaja. Senang kerja akakkk!


Pesanan kepada kawan-kawan yang dah dapat rempah Komok tu...Rempah sudah ada (yg tak da rempah asli komok boleh klik SINI...resepi terkini pun dah ada....apa lagi godek-godek la ya...try dulu buat dengan resepi diberi terutama sosnya. Kalau tak puas hati lepas tu bolehlah tokok tambah dengan citarasa sendiri. Nasi Komok ni kesedapan nya adalah apabila sosnya yang umpph dengan rasa ketumbar dan pedas secukup rasa diganding dengan nasi yang berempah dan ayam goreng. Bagi saya peminat daun ketumbar, adalah nikmat bila daun ketumbar di kunyah bersama...

NASI KOMOK
BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam 

3 sudu besar rempah Komok

4 cawan beras basmathi

6 cawan (cwn sama ukuran beras)+ 1 mangkuk air

rempah penumis
(1 kayu manis, 3 bunga lawang, 3 pelaga, 5 cengkih)

6 ulas bawang merah*
(2 ulas di mayang halus)

3 ulas bawang putih*
(1 ulas dimayang halus)

1 1/2 inci halia
(1/2 inci dimayang halus)

2 sudu minyak sapi

2 sudu marjerine

2 sudu minyak masak

1/2 tin susu cair

BAHAN UNTUK SOS

 8-10 ulas cili padi

2-3 biji cili merah

5 tangkai daun ketumbar

2 sudu cuka

garam dan gula secukup rasa


CARA PENYEDIAAN:-

1. Potong ayam(selalunya saya potong 16) cuci dan toskan. Cuci juga beras basmathi, rendam selama 10 minit dan toskan.

2. Kisar bahan yang bertanda *.

3. Panaskan minyak sapi, marjerine. dan minyak. Bila dah cair masukkan rempah penumis dan bahan yang telah di mayang halus masak sehingga kekuningan.

4. Masukkan pula rempah komok yang telah di bancuh bersama sedikit air. Kacau rata dan masukkan air.

5. Apabila air menggelegak, masukkan ayam. (saya masukkan juga batang, akar  serta sedikit daun ketumbar)

6. Apabila ayam telah hampir masak, keluarkan dari periuk dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sebuk kunyit dan garam (kali ini saya lumurkan juga dengan sedikit rempah komok)

7. Goreng ayam kekuningan tetapi jangan terlalu garing nanti ayam menjadi agak kering.

8. Keluarkan semangkuk air rebusan ayam untuk sos. 

9. Masukkan beras kedalam periuk nasi dan curahkan kesemua bahan dan air rebusan ayam tadi.

10. Masukkan juga susu cair dan garam secukup rasa. Biarkan nasi masak dan kering.

11. Kisar cili dan daun ketumbar bersama air rebusan ayam yang di ketepikan tadi. 

12. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih. Apabila telah mendidih, masukkan cuka, gula dan garam secukup rasa. Renihkan sehingga kuah agak pekat.

13. Hidangkan Nasi Komok bersama daun salad, ketumbar dan timun.

# Enak juga dimakan bersama kerabu mangga.
Penggunaan marjerine melembutkan lagi nasi.


12 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
selamat berhari minggu
hari cuti mesti masak2 kan sb anak2 ada he he nampak sedap nasi tu
kita nasi lemak je hari ni hu hu

Cendana Kasih said...

sedap nyer kak... lapar plak dah...nk lunch baru jer pukul 11

Anna Qawina said...

hepi anniversary kak yan...
sedapnya nasik komok...

Azian Nd said...

wkmsalam mama sara nur,
betul tu...nasi lemak pun sodap...

Cendana kasih,
Dah cuba ker...try la sekali...

Anna,
Terima kasih ya, dah veteran dah hehe..
Sedap...pada yg suka nasi berempah...

Rohah said...

salam kak..ramai yg dah buat nasi ni...kita je belum...

Love2cook Malaysia said...

Sungguh menyelerakan set nasi komok ni kak...ayam goreng tu, bes! :)

Nastyna said...

aduhhh nasi nostalgia kami sekeluarga, ni saya nak cuba buat sendiri harap2 jadi la.

kamrul hasan said...

i was the looking for the same and related info, what you describe on your article. And found you through google search. Its helps me a lots and i understood that you are one of skill article writer/ blogger. I have book marked your blog and hope to visit again to learn more. Thanks for your valuable efforts and time.

Unknown said...

Mana nak dpt rempah komok tu kt shah alam?

Azian Nd said...

saya beli melalui kawan dari kelantan. Tidak pasti di mana jika di Shah Alam...

Unknown said...

Salam kak..yg ni untuk berapa org makan?

Azian Nd said...

wan siti noraini wan yusoff...waalaikumussalam..
lebi kurang 4-5 orang.