Wednesday, March 28, 2012

Sambal Berkacang Sotong Kembang


Ketika memenuhi jemputan undangan perkahwinan sejak akhir-akhir ini saya seringkali dihidangkan

dengan Sambal Berkacang Sotong Kembang. Mula-mula makan ingatkan sambal tumis sotong kembang 

seperti yang selalu di makan bersama nasi lemak tu. Tapi bila di makan terasa pula kacang dan terasa 

keenakannya hinggakan anak sulong saya Ashiqin meminta saya masak sotong begitu di rumah. Bukan apa

dia nak makan puas-puas lah tu...Kena lah pada selera dia.......




Makan bersama nasi putih dan sayur bayam goreng bertelur. Terangkat!


Sambal Berkacang Sotong Kembang ini adalah dari citarasa saya sendiri. Mungkin berbeza cara saya dengan 

yang saya makan kat kenduri tu.....Dari feedback yang di beri oleh tukang rasa aka pengomen saya tu ...

Katanya sedappp dan sama rasanya seperti kat kenduri tu...Apa-apa ajelah...yang penting ibu dah masakan

kesukaan kakak tu kaannnnn....heheh


SAMBAL BERKACANG SOTONG KEMBANG

Sumber: Azian Collections

BAHAN-BAHAN

2 Ekor sotong kembang

6 Ulas bawang merah

2 Ulas bawang putih

1/2 inci Belacan

2 batang serai

1 inci halia

1/2 inci lengkuas

1 cawan cili kisar

1/2 cawan santan

1 labu bawang besar

segenggam kacang tanah

2 sudu air/puree asam jawa

gula & garam secukup rasa

CARA MEMASAK:-

1. Potong sotong mengikut citarasa sendiri. Cuci dan sanggai dalam kuali . Air sotong akan keluar dan

masak sehingga air hampir kering. Angkat dan ketepikan.

2. Sangai kacang tanah. Buangkan kulitnya dan tumbuk kasar.

3. Kisar bawang merah, putih. serai,lengkuas,halia dan belacan.

4. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan cili kisar. Masak sehingga cili betul-betul masak
atau pecah minyak.

5. Masukkan sotong kembang dan gaul rata bersama santan, kacang tanah dan air asam jawa.

6.Masukkan garam secukup rasa dan juga sedikit gula.

7. Apabila telah sebati, masukkan bawang besar yang dihiris kasar. Gaul rata dan masak sehingga bawang
layu. 





3 comments:

~~zana@pb~~ said...

Assalam...saya suka masak je, sotong ni saya jarang beli sb hubby sorang yg suka. Memang sesuai masak begini, pekat lebih sedap kan?

Qasey Honey said...

menarik betul kaler sambal tu...sya pun sotong ni kurang sikit...sedap mkn dgn nsi lemak lauk ni...hihihi

Norzie hany said...

Saya suka sotong ni,buat sambal mkn dgn nasi lemak.Sambal berkacang sotong ni belum pernah cuba,nampak mcm sedap la azian.