KLIK KLIK NUFFNANG

Monday, October 3, 2011

KROKET DAGING


Jemputlah masuk....tak salah rumah pun...

Silakan...jemput minum dan rasa kueh kroket daging tu....

Lama sungguh saya tak buat kroket ni. Rindu pulak akan kelembutan dan kelemakan rasanya.

Kalau kat rumah saya anak-anak memanggilnya 'kueh daging'. Ya lah masa mereka kecil-kecil dulu susah nak 

sebut kroket . Kebetulan memang anak-anak gemarkan rasa daging yang saya letak banyak sedikit di dalam 

adunan . Maka bila di tanya nak makan kuih apa mereka jawablah kueh daging.

Sampai ke besar pun masih panggil kueh daging ....



Ada juga saya cuba melayari web berkaitan kroket daging ni...tetapi kebanyakannya menggunakan kentang.

Resepi yang di ajar oleh jiran saya sesama di Keramat dulu menggunakan tepung. Di situlah kelainan nya.

Bila di gigit ranggup di luar dan begitu lembut isi di dalamnya dengan kelemakan daging yang bercampur 

dengan tepung. Opst...sape-sape yang diet tu makan sikit ajer tau! sebab kuih ni banyak guna marjerine

 tau...barulah sedap...

Bila di cicah dengan sos cili...walllaaaa....tak sedar mulut tak berhenti mengunyah.




Selalunya  kroket saya bersalutkan home made bread crumb tetapi kali ini nak cepat punya pasal saya tibai 

ajer dengan bread crumb yang ada di jual dekat kedai baking product tu....mana lagi kalau tak Bake With 

Yen...(kedai kegemaran Lisa)

Nak tahu bagaimana rasanya kenalah cuba....Kueh ini pun susah nak dapat kat luar tu...

Ni haaaa...resepinya...


KROKET DAGING

BAHAN-BAHAN

200 gm daging cincang

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

300 gm tepung gandum*.

3 cawan air
(tambah jika perlu)

2 biji telur*

1/2 cawan susu tepung*

 1 Tbsp lada sulah*

4 tbsp marjerine

putih telur

bread crumb

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Potong kiub bawang besar.

2. Satukan bahan yang bertanda *. Tumbuk bawang putih.

3.Tumis bawang putih dengan 2 tbsp merjerine sehingga berbau wangi. Masukkan daging cincang dan taburkan sedikit lada sulah.

4. Sementara daging empuk, di dalam bekas lain tuang air kedalam bahan yang bertanda * dan gaul rata. Masukkan juga serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. masukkan telur kacau sehingga sebati.Tambahkan air jika perlu.Batter seharusnya seperti membuat kuih dadar. Tapis.

5.Apabila daging empuk, masukkan bawang besar dan masak hingga layu.

6. Masukkan  batter sambil di kacau selalu. Kecilkan api sewaktu proses ini.

7. Kacau sehingga batter pekat dan  berpisah dari kuali apabila di kacau. Masukkan lebihan marjerine dan kacau rata.

8. Bentukkan seperti silinder ketika masih suam. Buat sehingga habis dan sejukkan.

9. Setelah sejuk, lumurkan setiap satu dengan putih telur dan salutkan dengan bread crumb.

10. Goreng di dalam minyak penuh dengan api yang sederhana sehingga garing kekuningan.

11. Enak di makan bersama cili sos.



2 comments:

Aida Azryn said...

fuh nampak selera! ;D

IdaShazana said...

lazat nih...perut tgh lapar pulak ni