Thursday, September 29, 2011

PAU SAMBAL


Assalamualaikum...

Petang-petang gini sedap yer kalau ada benda nak mengunyah. Lebih-lebih lagi kalau kuih muih itu memang 

kegemaran kita. Aduh...tak ingat dah berapa ketul dah masuk ke dalam mulut....Lepas tu minum pulak air teh-o pandan panas.

 Berpeluh-peluh menahan keenakan....




Biasalah bila masak nasi lemak mesti sambalnya saya buat lebih .Apatah lagi kalau di dalam fikiran tu dah 

berkira-kira nak buat kuih 'pacman' ni.

Saya memang suka buat kuih ni bukan apa, satu rumah sume sukakan nya. Berulang-ulang mereka 

makan.Lebih-lebih lagi resepi dari Kak An ni lembut dan gebu montok aje pau nya walaupun dah sejuk. Kira 

puas hati betul lah.





Yang ni untuk 'abah' . dah siap letak sambal dan timun. Yang lain tu tak suka timun...jadi bila nak makan 

barulah sapukan sambal. Oleh kerana sambalnya bukan khas untuk pau sambal ni, maka minyaknya agak 

berlebihan sikit, jadi bila nak letak dekat pau tu ketepikan minyaknya dulu supaya pau tidak terlalu 

berminyak.

Untuk mereka yang nak mencuba saya catatkan kembali kat sini resepinya dan kalau nak tengok rese[pi yang 

sebenar boleh pergi kat link Kak An di atas ya.

Saya buat separuh dari adunan di bawah dan menghasilkan 17 biji pau.



PAU SAMBAL/PACMAN

A

1 peket yis 11 gm

1/2 sudu makan gula

1 cawan air suam


B

5 cawan tepung gandum

2 biji telur

2 sudu merjerine

2 sudu susu tepung

1 sudu teh gula

1 sudu teh garam

1 biji kentang kecil
( rebus dan lecek)


CARA MENYEDIAKAN:- 
(cara saya)

1. Rebus kentang ( saya guna 1 biji) buang kulit dan lenyek.

2. Satukan kesemua bahan B kecuali marjerine dan ketepikan.

3. Campukan Bahan A, kacau rata dan terus tuang kedalam bahan B. Gaul sebati sehingga menjadi doh. 

Saya masukkan ke dalam mixer , ketika ini baru saya masukkan marjerine dan putar sehingga doh menjadi 

seperti adunan roti canai.

4. Perap kan sehingga doh naik 2 kali ganda.

5. Tumbuk doh yang mengembang dan canai serta bentukkan bulat-bulat dengan tapak tangan di atas papan pencanai. Buat sehingga habis dan biarkan ia rehat sebentar atau doh naik sedikit.

6. Goreng pau dalam minyak penuh dengan api yang kecil. Angkat dan toskan.

7. Belah 2 pau tanpa putus. Letakkan sambal dan hirisan timun.

# untuk resepi sambal tumis boleh lihat di sini.





6 comments:

Gee® said...

wow!! pucuk dicita ulam mendatang... baru ronda2 tgk resipi nk buat sarapan esok...tup2x muncul di sini...copy resepi ek...

Gee® said...

wow!! pucuk dicita ulam mendatang... baru jer ronda2 cari resepi tup2x muncul di sini... copy ek

azian said...

memang rezeki dtg bergolek tu Gee®, silakan...

Kjee said...

Kjee suka sangat pau sambal ni Yan. Nanti nak cuba buat tapi berani2 takut...takut tak menjadik. oh ya jangan lupa hangkut balik award dari dapur kjee ya. TQ

Aqila Farah said...

kila amik masuk blog eh ? nanti kila credit . (:

Anonymous said...

kak...thanks, dah cb dah..mmg sedap sgttt..hehehe