Sunday, August 7, 2011

DAGING MASAK MALBARI


Yeay yeay....hari ni nak berbuka kat rumah opah...Anak-anak seronok untuk balik berbuka ramai-ramai.

Setiap tahun inilah saat yang di tunggu-tunggu berbuka ramai-ramai. Dan pastinya setiap ramadan, 2 kali dah 

pasti ada majlis berbuka ramai-ramai. Sekali di sebelah saya dan sekali lagi bersama keluarga suami.

Hari ini saya masak Daging Malbari yang begitu sinonim dengan keluarga saya.

Resepi yang di pelajari dari arwah ibu saudara saya Juriah, seorang yang pandai memasak. Telah hampir 20 

tahun beliau meninggalkan kami , segala suka duka bersama masih dalam ingatan .Al-fatihah untuk Wan 

Su..........Aminnn.

Setiap kali kerumah nya masakan ini yang kami nantikan. Amat sedap dimakan bersama nasi putih dan ikan 

masin goreng. Jika bersama nasi tomato atau briyani amatlah sesueiii sekali. Kalau malas makan nasi boleh 

juga di makan bersama roti atau nasi impit....kira nya sume boleh ngam la dengan dia niii....

Satu lagi hasil tangan beliau yang saya sukai ialah kek raspberry. Wallaaa...terangkat gitu....Nanti esok-esok 

bila saya free akan saya cuba balik skill membuat kek raspberry tuuu....





DAGING MASAK MALBARI

BAHAN-BAHAN

1 Kilo daging

1/4 cawan kicap manis

2 tbsp serbuk jintan manis

2 batang kulit kayu manis

6 biji buah pelaga

4 kuntum bunga lawang*

10 ulas bawang merah*

2 inci halia*

4 ulas bawang putih*

1/2 cawan cili kisar

2 tbsp cuka
(saya ganti dgn sour plum sos)

2 biji biji bawang besar

4 tbsp kismis hitam


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Hiris nipis-nipis daging dan perapkan bersama cili kisar, kicap, cuka dan 1 tbsp jintan manis. Perap semalaman akan menyedapkan lagi rasa daging.

2. Kisar bahan yang bertanda *. Tumiskan rempah penumis dan masukkan bahan kisar.

3.Masak hingga naik bau. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk atau kuahnya menjadi pekat bersalut. Tambahkan kicap jika warna kuah kurang hitam.

3. Jika anda tidak menggunakan cuka atau sos hoisin masukkan air asam jawa secukup rasa. Masakan ini seharusnya ada rasa masam.

4. Masukkan kismis dan lebihan jintan manis, gaul rata. masukkan pula bawang besar yang di hiris kasar. Gaul rata biarkan sebentar dan angkat.



3 comments:

Diana @ Melley Mey said...

mmg nmpk menyelerakan.. masuk list dulu resipi nie... kena tunggu cuti memasak abis dulu...:). suka kat resipi nie... nmpk sedap

Cikguzam said...

Salam Kak Azian,
Wahhhhh sedap nampak. Teringin nihhhhh. Dah lama tak makan.....tapi kene sabar dulu sekarang.. Jiwa dah tak sabar nak balik kampung

azian said...

Salam,

Diana, itu resepi keluarga dan bagi kami dah tentu sedapppp....hehe

Cikgu Zam,
Balik nanti boleh pekena makanan kegemaran puas-puas...