Sunday, May 29, 2011

SAGO GULA MELAKA


Assalamualaikum...

Bila buat dessert ni teringat ketika mengandungkan anak pertama saya dulu. Waktu itu ada family day tempat 

kerja suami di Tanjong Bidara Resort. Selalunya saya tidaklah terlalu gemarkan Sago Gula Melaka ni...Tapi 

ketika itu saya rasakan itulah Sago Gula Melaka yang paling sedap sehingga berulang kali saya makan.

Kali ini saya buat sekadar untuk menghabiskan stok sago yang dah lama kat dalam fridge tu...

Pada mulanya saya tak mahu keluarkan N3 ini kerana sago nya menjadi kurang cantik seperti kurang masak.

Tetapi bila semalam saya menyertai kelas talam, Chef Asma ada mengatakan bahawa bila membeli sago 

belilah yang putih bersih supaya bila masak semuanya nampak jernih.Jika tidak sago akan menjadi seperti tak 

masak lagi walaupun kita dah masak lama.Jadi untuk jadikan panduan saya dan yang lain pada masa akan 

datang saya keluarkan jugalah N3 Cik Sago ni.... 

Inilah antara ilmu yang saya dapat. Selalunya saya beli sago peket kat pasaraya yang kurang putih mulus. Dah 

pastilah lepas ni saya akan cari yang putih bersih aje......hehehe.





SAGO GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN

1/2 cawan sago pink

1/2 cawan sago putih

1 biji kelapa parut

1 ketul gula melaka

2 tbsp gula putih

Daun pandan

air secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Panaskan air di dalam periuk. Bila mendidih masukkan sago berwarna putih.Masak sehingga semuanya jernih. Angkat dan tos kan. Ulangi cara yang sama untuk warna pink.

2. Masukkan sago kedalam acuan mengikut teknik dan citarasa masing-masing dan masukkan kedalam peti sejuk.

3. Masakkan gula melaka, gula putih , air secukupnya dan daun pandan yang di simpul kedalam periuk dan masak sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.

4.Perah kelapa dengan air masak. Ambil hanya santan pekat sahaja.

5. Keluarkan sago dari acuan dan masukkan kedalam cawan dessert. Tuangkan sedikit santan pekat dan air gula. Sedia dan nikmat di makan ketika sejuk.


1 comment:

LiNa_Pg said...

suka sangat ngan puding sago ni,pestaim wat sy ingat anak2 xsuka..rupanya depa suka.Skrg dh jadi peberet 1 fmly.Guna sago pnk lagi sng kan xyah boh kaler segala bagai dah