KLIK KLIK NUFFNANG

Monday, December 27, 2010

Flora di Sg Buloh.



Salam. Sempena cuti perayaan hari Natal tempohari saya dan suami ke Sg Buloh . Dalam perjalan itu kami 

singgah di sebuah restoran di sekitar stadium FAM Kelana Jaya. Seperti biasalah jika kesitu pasti Mee 

Goreng Mamak (paling sedap setakat ini)  dan Yong Tau Foo goreng yang kami order. Ada hajat sebenarnya kami ke Sg Buloh iaitu 

mahu mencari Decorative Sand Stone bermotif bunga Matahari. Punyalah susah mencari kerana menurut 

penjual di situ sudah tiada lagi design sebegitu. Memang rezeki kami akhirnya dapat juga, itu pun tinggal 

beberapa keping ajer. Nasib baik saya hanya perlu satu sahaja untuk mengantikan pasangan ini....


Sambil itu saya cuci mata melihatkan bunga-bungaan yang mekar beraneka warna. Rasa macam nak borong semua! 

Sempena perayaan Christmas ni banyak lah pokok Poinsettia sedang dijual.




Geram pulak la kat bunga orkid tu...Segar semacam.




Beraneka warna...... 



 Ini pula pokok kaktus. Tak payah lagi ke Cameron Highland untuk membeli kaktus. Saya minat sungguh 

melihatkan susun atur mereka menanam kaktus tu. Memandangkan saya juga sedang meyahut cabaran diri 

sendiri untuk membela pokok kaktus  yang sering mati bila saya tanam, angan-angan saya ingin mereka 

bouquet kaktus seperti ini...hehehe boleh ker? InsyaAllah boleh kerana pokok kaktus yang saya beli di 

Cameron Highland dulu telah saya alihkan pasu dan nampaknya sudah mula membesar...

Nampak gayanya selalulah saya dan suami ke Sg Buloh selepas ini kerana telah tercetus minat baru di hati saya....







No comments: