Tuesday, October 19, 2010

Masak Lemak Labu

2010

Tika dan saat ini hujan turun membasahi bumi. Syukur kepada Allah menurunkan hujan untuk kami yang 

berada di bumi nan gersang ini. Chewahhhh....bukan apa seronok sangat hujan turun sebab dah lama 

kepanasan.
Masak apa? Ni haaa...Masak Lemak Labu. Kalau saya malas nak berkecah di dapur tapi nak anak-anak 

berselera makan, saya suka masak masakan ini.  Semua boleh makan dari yang kecil sampai ke besar. Anak 

saya Lisa pun suka. Mungkin kecil-kecil lagi dah di suapkan dengan pumkin dalam botol tu...... So dah 

terbiasalah rasanya.... 

Makan dengan ikan goreng dan sambal ikan bilis atau sambal 'gesek' seperti yang di panggil oleh keluarga 

sebelah suami. Tak sedar nasi dah bertambah 2 kali!


MASAK LEMAK LABU

Sumber: Azian Collections

BAHAN-BAHAN

1 biji labu kecil

1 biji kelapa

segenggam udang kering

1 helai daun kunyit

Cili merah

Bawang besar

CARA MEMASAK

1. Kupas kulit labu , potong mengikut suka.

2. Rebus labu dengan sedikit sahaja air ,udang kering dan daun kunyit sehingga separuh masak. 

3. Masukkan santan pekat dari sebiji kelapa.Masak gulai hingga labu hampir empuk dan masukkan garam, cili merah dan bawang besar yang telah di hiris kasar.

4. Biarkan sebentar dan angkat.



1 comment:

CIKGU ZAM said...

salam kak Azian
masak lemak labu tu adalah antara masakan kegilaan plus kegemaran rakyat kelantan,
emmmm sedap, hehheh