KLIK KLIK NUFFNANG

Friday, October 29, 2010

CORN MUFFIN



Sudah beberapa hari plan nak buat Corn Muffin ini. Baru hari ini berjaya melaksanakannya. Sebelum jagung 

di dalam peti sejuk tu kering. Masa melayari internet tempohari terjumpalah resepi Corn Muffin ni dari sebuah 

blog 'minah saleh' .Semua bahan dah ada kecuali Cornmeal. Apa ke benda Cornmeal tu saya pun tak tahu. 

Cari di Tesco tak ada. Tadi masa pergi ke BWY untuk cari kotak kek bertanyalah saya pada adik yang 

bekerja kat situ. Ada dalam peti sejuk tu kak... katanya.

Saya capai satu yang peket kecil berharga rm 3.50. Oklah tu...Rupanya macam dedak makanan ayam tu.....

Saya berkira-kira bolehlah muffin ni di jadikan sarapan pagi esok kerana saya harus keluar pagi-pagi 

meninggalkan anak-anak dirumah untuk ke kelas 'cake decorating'.

Bila dah masak anak kedua saya Amirul (spt biasa lahhh) makan satu. Dia kata 'sedap giler' (hahaha istilah 

budak-budak skrg ni).'Macam kat Kenny Rogerslah... Apa tak nyer nama resepinya pun ditulis kat blog 

'minah saleh' tu Kenny Rogers Corn Muffin. Lepas ni bolehlah guna resepi sama dan modified sikit-sikit.

Letak strawberry ker, blueberry ker apa-apalah......



CORN MUFFIN

BAHAN-BAHAN

1/2 cawan butter

2/3 cawan gula kastor

1/4 cawan madu

2 biji telur

1/2 tsp garam (saya x letak)

1 1/2 cawan tepung naik sendiri

3/4 cawan Cornmeal

1/2 tsp baking powder

1/2 cawan susu (saya guna susu segar)

3/4 cawan jagung segar

CARA MENYEDIAKAN.

1. Putar butter, gula, madu dan telur hingga kembang.

2. Masukkan Cornmeal, tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan susu berselang seli sambil di kaup perlahan-lahan.

3. Bila telah sebati masukkan jagung segar dan ratakan.

4. Masukkan kedalam paper cup dan masukkan kedalam Muffin pan atau gunakan cupcakes paper cup.

5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan selama 10 minit awal selama 20-30 minit dengan kepanasan 160-C. Gunakan api atas bawah. ( terpulang kpd jenis oven)


4 comments:

izahdaut said...

akak..mintak izin copy resepi,..nampak pun cantik membukit muffin tuh..fuhhhh

Voyage Dboutique said...

bak lh pic cornmeal 2..cam ner bentuknye

mamasyipah said...

salam azian...mama dah pegi cari cornmeal tu kat bakery tapi dia org tak tau apa tuuu cornmeal, alaaahaii sedih la.kalau boleh tunjukkan mcmana tuu cornmeal...

mamasyipah said...

oo.. mcm tu rupanya cornmeal..nnti pegi cari kedai lain pula...terima kasih ya aziam..