KLIK KLIK NUFFNANG

Monday, March 15, 2010

KUIH KERIA


Hello, hello, hello.... berjumpa kembali. Agak lama juga teratak cetusan rasaku ini tidak kukunjungi. Bukan apa , nak upload resepi baru cameraku meragamlah pula. so tak dapatlah nak masukkkan gambar. Masalah simple aje ...SD card dia rosak tapi merosakkan semua aktiviti aku. Lagipun sejak seminggu dua ini masa agak terhad untukku berlama-lama di depan lappy.
Hari Jumaat tempohari aku telah menyiapkan Kuih Keria untuk di simpan didalam peti sejuk. Bila dah ada di dalam peti sejuk bila-bila masa aku boleh goreng dan sira aje. Almaklumlah anak-anak sedang membesar dan cuti sekolah pula tentu asyik nak mengunyah....
Kali ini aku menggunakan ubi keledek putih .Selalunya aku menggunakan keledek berwarna oren.Tetapi ketika di pasar tempohari seseorang ada memberitahu kepadaku, jika menggunakan keledek putih ia kurang berair dan tak perlu letak banyak tepung. Kuih akan jadi lebih lembut dan enak.
Apapun aku hanya mencuba dan hasilnya memang memuaskan. Cuma warna nya saja kurang menarik. Tepuk dada tanyalah selera...

BAHAN-BAHAN

1 Kilo ubi keledek
(kupas, rebus bersama garam)

3 sudu besar tepung gandum

CARA MEMBUAT

1. Lenyek ubi hingga halus. Masukkan tepung gandum dan uli rata.

2. Bentukkan seperti kuih donat.

3. Goreng diatas api sederhana. Angkat dan toskan minyaknya. 


BAHAN SIRA
(utk 10 keping)

4 Sudu besar gula

1/2 cawan air

CARA

1. Satukan gula dan air. Masak hingga berbuih tetapi harus dijaga supa tidak hangus

2. Bila air gula telah pekat dan berbuih, masukkan kuih keria yang telah digoreng dan di toskan

 minyaknya. Gaul dengan balik-balikkan kuih keria hingga gula berkeping-keping. Angkat.

Nota: Pastikan tiada minyak didalam kuali dan sudip ketika menyira kuih keria.




1 comment:

Anonymous said...

sdapnye