Sehari sebelum 'makan besar' tahun baru cina, aku telah membeli segala keperluan membaking di Bake With Yen . Walaupun harga barang agak 'naik' sedikit dari biasa, aku harus menyimpan sedikit barang keperluan untuk membuat roti, kek dan sebagainya kerana cuti perayaan kali ini kami tidak bercadang kemana-mana.Tentulah anak-anak seronok makan bersama yang selalunya tidak dapat dilakukan ekoran dari jadual masing-masing yang agak padat.
Petang ini aku teragak ingin membuat mexican Bun atau lebih dikenali dengan Roti Boy oleh anak-anakku. Kebetulan esen 'roti boy' telah lama ku beli dan belum berkesempatan untuk membuatnya. Dengan pertolongan anak sulongku Ashiqin, aku menguli adunan secara manual memandangkan mesin pengadunku sudah cukup tempoh perkhidmatan.Aku menggunakan resepi dari Koleksi Resepi Diana yang telah ku tokok tambah mengikut teknik ku sendiri.
BAHAN UNTUK DOH
500 gram tepung roti, diayak
20 gram tepung susu, diayak
75 gram gula kaster
1 sudu teh) garam
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur, dipukul sedikit
270 gram (270 ml) air
60 gram mentega, dilembutkan
CARA MEMBUAT
Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.
Bahan untuk Inti
100 gram mentega/ cream cheese , dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanilla
35 gram gula perang/ icing sugar
Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Bahan untuk Topping
100 gram mentega, dilembutkan
80 gram gula aising, diayak
2 biji telur, dipukul sedikit
2 Sudu Esen Roti Boy / cappucino essence
100 gram tepung serbaguna ( superfine flour)
Cara untuk Topping
Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen cappucino/ roti boy essence. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
MEMBUAT MEXICAN BUN
Leperkan satu bebola doh dan masukkan intinya. Cantumkan dan bulat kan duh. Buat sehingga habis. Biarkan ia naik sebentar. Paipkan toping diatas permukaan doh yang telah naik. Bakar selama 20 minit dalam kepanasan 160C - atau topping telah garing.
No comments:
Post a Comment