KLIK KLIK NUFFNANG

Friday, February 12, 2010

PAU


Pau yang selalu menjadi pilihan kami sekeluarga.
Pau berinti ayam kari. 



Pau kacang ini pilihan ibu.....separuh dari inti kacang ini
habis di makan oleh anak ku Lisa ketika proses
membuat pau. 


Semalam aku terlebih rajin. Bukan apa selain anak-anak tiada kelas tuisyen, mood rajin datang menyapa. Sebenarnya ketika aku kecil-kecil dahulu ibu ku selalu membuat kuih pau untuk jualan. Tapi ye lah ketika itu tak berminat pun nak ambik tahu pasal resepinya. Oleh kerana anak-anak ku sukakan kuih pau dan sebenarnya aku juga teruja hendak mencuba. Akhirnya resepi Cik Mat Gebu menjadi pilihan untuk percubaan kali pertamaku . Puas hati juga dengan hasil kali pertama ini tetapi aku tetap akan mencuba lagi akan datang untuk mendapat tekstur yang lebih halus dan gebu. Itu cabaran untuk diriku.....



BAHAN-BAHAN

240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau

1 camca teh Double-Acting baking powder

1 camca teh instant yeast

1/2 camca teh garam

25 g lemak sayur (shortening)

100 ml air suam*

30 g gula halus*

1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)

Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2


CARA :


1.Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.

2.Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.

3.Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak / daun pisang yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.

4.Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...


3 comments:

Mybabah said...

Salam Azian. Kuih nampak ok dan nampak sedap...Apa-apapun anak-anak mesti suka masakan emak mereka...Jangan buat terlalu banyak. Yang syok tengok budak-budak makan ialah ketika mereka berebut dan tak cukup...

AZIAN said...

Betul tu Mybabah, suami selalu ingatkan saya bahawa yang sedikit akan menjadi lebih sedap dan tidak membazir ....

Dahlia Nawi said...

betul, yang sikit, lps tu dlm plastik..tak cukup je..hahah