KLIK KLIK NUFFNANG

Friday, November 13, 2009

SALAD GORENG



Salad atau lettuce kebiasaannya di makan mentah seumpama ulam-ulaman. Bagiku ianya enak di makan bersama mayonise ataupun thousand island. Selalunya ia juga di gunakan di dalam hidangan Laksa Penang.
Kali ini aku ingin mengajak teman-teman melihat resepi Salad goreng yang pertama kali menikmatinya adalah di sebuah restoran kari kepala ikan di Selayang. Pertama kali menikmatinya sudah terpikat. Maka akupun meng 'experiment' di rumah. Hasilnya lebih kurang dan kerana tiada stok kobis aku tidak mencampurkannya pada resepi kali ini seperti yang ku jamah tempohari.


BAHAN-BAHAN


Lettuce secukupnya

2 Ulas bawang putih

2 tbs Sos tiram

Sedikit gula, garam

Fried choped garlic
(beli di pasaraya)


CARA MEMASAK

1. Tumbuk Bawang putih.

2. Tumis bersama sedikit minyak hingga wangi dan tuangkan sedikit air.

3. Masukkan sos tiram, sedikit garam dan secubit gula.

4. Apabila menggelegak masukkan salad dan masak hanya sebentar. Angkat.

5. Taburkan fried choped garlic.

2 comments:

ain said...

sy tak pernah try lg salad goreng ni. selalunya mkn ngan thousand island aje.

E-na Zarina said...

x terpk lak nk goreng salad yek..boleh try ni...tq kak share resepi