KLIK KLIK NUFFNANG

Monday, November 2, 2009

AYAM MASAK MERAH

Teringin pula masak nasi tomato untuk malam nanti . Tengahari ini masing-masing telah kenyang brunch di Tesco. Lalu bolehlah skip masak untuk tengahari. Kebetulan semua bahan yang dikehendaki ada di dalam fridge. Semalam aku dan suami telah pergi ke pasar borong Serdang untuk'borong' keperluan selama seminggu. Sampai tengahari kami anak beranak mengerjakan segalanya. Bukan apa ringan sedikit tugasku jika segala ikan dan makanan laut telah di siang dan di bersihkan.
Berbalik kepada menu malan ini, aku bercadang untuk memasak Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah dan Jelatah nenas. Kebetulan anak sulongku sedang bercuti dari kolej maka tentulah seronok makan beramai-ramai. Dan inilah peluang untuk anak ku itu menikmati masakan ibunya.Jom kita lihat resepi Ayam Masak Merah (gambar dari simpanan)

BAHAN-BAHAN:-

1 Ekor ayam

1 senduk nasi cili kisar

5 Biji bawang merah

3 Biji bawang putih

1 inci halia

4  Sudu besar sos cili

1 sudu sos tiram

5  Sudu besar tomato pure/ sos tomato

1 buku kiub ayam

2 Batang serai

1 Mug santan.

Rempah campak
(kayu manis, pelaga,bunga lawang)

2 Biji bawang besar
(potong bulat)

2 Sudu air asam jawa

Garam dan gula


CARA MEMASAK:-

1. Ayam dibersihkan dan dilumur garam dan kunyit. Goreng hampir garing didalam minyak penuh.

2. Tumbuk/kisar kedua-dua jenis bawang dan halia.Tumis rempah campak bersama sedikit minyak sapi dan minyak masak. Masukkan bahan kisar dan masak hingga agak garing.

3. Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak. Masukkan pula tomato puree, cili sos dan sos tiram.

4. Masukkan serai yang dititik dan santan. Masukkan juga kiub ayam.

5. Tambahkan garam.perasa(jika perlu) dan gula serta air asam jawa.Masukkan ayam dan biarkan ia agak pekat.

6. Akhir sekali masukkan bawang besar dan angkat.

3 comments:

LOVE said...

Terliur Love tgk Ayam Masak Merah akak nih! Nak sikit!! Boleh Love simpan tuk dinner gak! hehehe ;)

DDrfauziah said...

Hi, aslmkm Azian.
Tq 4 visiting. Appreciate ur comments.
Kak G dulu2 tu suka juga menjawap. Tp sejak lbh 10 tahun lalu, selalunya layan je. Ari minggu tu dlm melayan pun tersalah langkah juga. Nasib baik juga anak Kak G berjaya dgn jerat diplomasinya. So, malam tu kira dah OK :)
Nak komen sikit psl recipe ni.. jgn marah ya .. Kalau buat sendiri, boleh elak taruh perasa n kurangkan skit risiko penyakit .. Kak G rebus semua tulang ayam dgn sedikit air, serai, halia n bwg putih, then masuk bersama santan pekat.

AZIAN DAUD said...

Salam Kak G, Thanks for ur comments,Sememangnya saya tidak menggunakan perasa makanan....itu hanya resepi yang disalin...