KLIK KLIK NUFFNANG

Thursday, October 15, 2009

MEE UDANG







Hari ini entah mengapa terasa ingin makan Mee Udang. Jadi makan

malam untuk kami 5 beranak hari ini merupakan 'selera' ibu lah.....

Lebih sempoi lagi bila suamiku tidak makan malam di rumah so,

kira makan seperti 'nasi campur' sajalah tak payah berhidang. Pergi

ke kedai runcit berhampiran rumah dan semua barang yang

dikehendaki ada di situ. Wah! keadaan mempermudahkan lagi tugas

ku.

Resepi ini baru saja aku nikmati dan perolehi dari temanku Shidah.

Kira kita try Shidah punya resepilah kali ini ya!....


BAHAN-BAHAN

Mee kuning

4-5 Ketul tulang lembu
( rebus hingga empuk)

1/2 Kilo udang besar
( kepala udang di bersihkan
& rebus bersama1 litter air)

2  Biji ubi keledek
(rebus & lenyek)

5 Sudu besar cili kisar

4 Biji bawang putih



CARA MEMASAK:-

1. Tumis bawang putih hingga garing.

2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing.

3. Tuang tulang bersama airnya juga air rebusan kepala udang yang telah di tapis.Biarkan mendidih.

4. Masukkan ubi keledek yang telah dilenyek dan tambahkan perasa secukupnya.

5. Masukkan udang, biar sebentar dan angkat.

6. Celur mee sebentar sahaja.

Nota : Hidangkan bersama tahu goreng, taugeh celur, 
           daun sup/bawang, bawang goreng, telur rebus & limau.


No comments: