KLIK KLIK NUFFNANG

Thursday, September 24, 2009

KETUPAT PALAS

KETUPAT PALAS

Ketupat Palas merupakan salah satu hidangan di pagi raya atau majlis rumah terbuka.

Menggemari makanan ini membuatkan aku begitu teruja untuk mempelajari membuatnya. Terima

kasih kepada 'tok' ibu kepada sahabat ku Shidah yang begitu sabar mengajarku cara-cara

membuat ketupat palas. Dan kini aku telah mampu untuk menghasilkan ketupat palas sendiri

tanpa perlu membelinya lagi dengan berbagai campuran mengikut citarasaku sendiri. Dan dengan

kemahiran yang ada aku juga boleh membuatnya bila-bila teragak tanpa perlu tunggu 'hari raya'

sahaja.... Ketupat ini amat enak dimakan bersama rendang atau serunding....


BAHAN-BAHAN

1 kilo beras pulut

1 Kilo santan

2 tongkol jagung
( di ambil isi seperti buat bubur)

Daun Palas

Garam

Santan cair separas ketupat dalam periuk

Sedikit air.


CARA MEMBUAT:-


  • 1. Masak santan yang telah dicampur sedikit air dan garam bersama pulut . Masukkan
  • jagung dan kacau rata sehingga santan benar-benar kering atau pulut 3/4 masak.

  • 2. Setelah pulut sejuk ambil sedikit pulut dan balutkan dengan daun palas sehingga menjadi bentuk segitiga .

  • 3. Setelah habis pulut dibalut dengan daun palas, masukkan ke dalam kuali besar atau periuk. Tenggelamkan ketupat dengan santan cair yang bercampur sedikit garam separas ketupat tadi.

  • 4. Masak hingga santan kering sambil di balik-balikkan selalu. Angkat dan sejukkan.

No comments: