KLIK KLIK NUFFNANG

Friday, August 28, 2009

KANGKUNG IKAN MASIN



Tiada idea hendak masak sayur apa. Pilihan yang terbaik adalah yang disukai ramai. Dalam

keluargaku sayur kangkung adalah antara sayur-sayuran yang mudah di terima oleh semua.

Tak kira dimasak apa . Lalu atas permintaan, hari ini aku menggorengnya dengan ikan masin.

Yang pasti 'selesai' semua setelah berbuka.

BAHAN-BAHAN

BAHAN A

2 Ulas bawang merah

2 Ulas bawang putih

1 Biji cili merah

3-4 Ekor ikan bilis

BAHAN B

1 Ikat sayur kangkung

2 Sudu Sos tiram

1 Potong ikan tenggiri jeruk

Gula dan garam

CARA MEMASAK:-

1. Bersihkan sayur dan siang.

2. Tumbuk bahan A hingga lumat.

3. Goreng ikan masin hingga garing. Hancurkan. (Gemarkan yang kasar-kasar)

4. Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi .

5. Masukkan sos tiram, garam dan secubit gula.

6. Masukkan kangkung dan masak hingga layu. Akhir sekali masukkan ikan masin dan gaul rata.

No comments: