KLIK KLIK NUFFNANG

Tuesday, June 30, 2009

UDANG LEMAK BELIMBING


Hari ini bersama suami menikmati sarapan pagi di sebuah kedai 'mamak'. Seperti biasalah roti canai dan teh tarik jadi menu pilihan. Dalam perjalanan pulang kerumah singgah sebentar pasar basah. Seronok juga membeli tanpa budak kecil ni... dapatlah mereka-reka apa yang nak dimasak tanpa perlu cepat-cepat sambil mata memandang apa yang menarik perhatian.
Terpandangkan buah belimbing buluh membuatkan agak terliur...sedapnya bila digandingkan bersama udang......

RAMUAN:

600gm udang galah

1 biji kelapa
(ambil pati santan)

5-6 biji belimbing buluh

15 biji cili api

1 1/2 inci kunyit hidup

3 batang serai
(dititik)


CARA MEMASAK:-

1. Tumbuk kunyit hidup sehingga lumat. Masukkan cili api dan tumbuk lagi sehingga cili lumat.

2. Masak santan, bahan yang ditumbuk dan serai sambil dikacau perlahan. Pastikan masakan tidak ditinggalkan supaya santan tidak pecah minyak.

3. Apabila telah mendidih masukkan udang. Kacau hingga hampir masak. Masukkan garam secukup rasa.

4. Masukkan belimbing biarkan sebentar dan angkat.

No comments: