Assalamualaikum wbh
Hari ini saya ingin kongsi kembali resepi yg pernah saya kongsikan suatu waktu dulu. Memandang kan kita dalam bulan Ramadhan dan resepi ini memang pasti akan saya buat kerap kali .
Walau kini telah ada berbagai versi baru, saya tetap menjadikan ia sebagai makanan yang istimewa dalam family saya sehingga anak-anak begitu sensitif tentang rasanya. Bayangkan telah lebih 25 tahun saya menggunakan resepi yang sama, jadi bila ada kekurangan atau tambahan rasa anak-anak pasti akan komen.
Kepada yang ingin mencuba untuk pertama kalinya, tolong jangan ubah resepinya ya...rasa dulu.Baru kita tahu bagaimana rasanya yang sebenar. Selepas itu kalau nak ubah ikutlah citarasa anda.
Ini resepi cara saya.
Semuga anda menyukainya sebagaimana mereka yang pernah merasa air tangan saya.
Maaf ya akak hanya copy & paste dari post lama..hanya update beberapa perkara yg tertinggal sebelum ini.Keadaan tidak mengizinkan .
Ada yang pernah makan ke? Tentulah ada ya terutamanya ketika bulan Ramadhan. Ianya ada dijual di
pasar ramadhan Taman Melawati. Itu dulu ketika saya tinggal di Keramat. Tapi sekarang
saya dah 'belajar' rasa Tahu Anura tu dan boleh masak
sendiri di rumah....Ianya dah begitu sebati dengan keluarga saya dan juga jiran tetangga. Bukan apa ianya
dah seperti hidangan yang istimewa ketika berkunjung kerumah saya dan adakalanya ianya di minta supaya
dihidangkan bilamana ada majlis pot luck perjumpaan keluarga.
Suami saya sangat sukakan Tauhu Anura dari kali pertama kami makan. Beliau meminta saya belajar
resepinya. Saya pernah bertanya kepada peniaga tersebut tapi macam biasalah seperti yang kita sedia
maklum tidak semua mampu di kongsi....hanya senyuman yang saya dapat.Tapi ianya tak melemahkan
semangat , saya pelajari 'rasa'nya sehinggalah dapat 'cop sirim' dari suami. Itu adalah dari citarasa saya.
Hari ini saya menerima tetamu. Sahabat anak dara saya yang mana saya dapat tahu dia sedang diet .
Maka inilah juadah yang saya kira paling kena untuk beliau...selain ingin memberi beliau mencuba rasa bagaimana
rasanya Tauhu Anura. Walau pun agak cerewet pembuatannya tapi keenakannya dapat mengatasi segalanya..
Inilah rupa paras keratan rentas tahu.
Rasa manis dan masam berganding dengan aroma bawang goreng dan terasa ranggup diluar dan lembut di
dalam tahu yang bercampur dengan kentang dan mix vegetable.
Hanya mereka yang pernah merasa dapat membayangkan rasanya........
sehinggakan ada yang tak makan tahu tetapi makan Tahu Anura saya ini....
TAHU ANURA
BAHAN-BAHAN
BAHAN A
Tahu kering secukupnya
(tauhu utk tauhu bakar
boleh beli di pasar, mydin, tesco dsb)
boleh beli di pasar, mydin, tesco dsb)
4-5 biji kentang
1/2 cawan Frozen mix vegetable
2-3 ulas bawang putih
2 cawan air
2-3 biji telur
lada sulah
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Kupas kulit kentang dan potong dadu.
2. Tumbuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak. Bila dah kekuningan masukkan air dan ubi kentang.
3. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kentang empuk. Tambahkan air jika perlu.
4. Masukkan mix vegetable dan taburkan sedikit lada sulah Apabila hampir kering air nya,lenyek-lenyek
kentang( tak perlu lenyek sampai halus) dan gaul rata.
kentang( tak perlu lenyek sampai halus) dan gaul rata.
5. Angkat dan sejukkan sebelum di sumbat kedalam tahu kering.
6. Untuk menggoreng tahu, pecahkan telur. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kacau sedikit telur.
7. Celupkan tauhu dan goreng di dalam minyak penuh yang cukup panasnya sehingga garing.
8. Angkat dan toskan minyak nya. Potong kiub besar-besar dan curahkan sosnya. Taburkan bawang goreng dan sedikit bijan. ( tanpa bawang goreng aroma tahu anura tidak akan naik.)
# Pastikan tahu adalah dari sumber yang halal .
# Pastikan tahu adalah dari sumber yang halal .
BAHAN B
2-3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan cili kisar
1 cawan cili sos
1/2 cawan tomato sos
2 sudu besar sos tiram
3 keping gula melaka/merah
1 cawan air asam jawa
(2 tbsp asam jawa)
2 cawan air
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat.
2. Tumiskan sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili terbit minyak.
3. Masukkan cili sos, sos tiram dan gaul rata. Tuangkan air asam dam 2 cawan air serta gula merah/melaka. Masak sehingga gula larut.
4. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan 1-2 sudu tepung jagung yang telah dilarutkan dengan sedikit air,(Tambah tepung jika perlu untuk mendapat kelikatan yg sesuai)
5. Apabila kuah pekat taburan bijan.
# Kuah tauhu Anura perlu seimbang rasanya, Jika perlu tambah sesudu atau dua gula pasir .
Gunakan gula merah yang gelap warnanya untuk mendapat kuah yang agak gelap)
Selamat mencuba ya...