Friday, June 23, 2017

RENDANG ITIK..


# Ini merupakan post ulangtayang dari saya sebagai rujukan untuk sesiapa yang nak masak untuk pagi raya. Boleh ditukar itik kepada daging, ayam atau burung...ke apa saja la..Tiada penggunaan kerisik atau rempah khas.
Jika ingin berkuah tak perlu tunggu sehingga rendang kering...agak pekat seperti dikehendaki boleh la diangkat. Kalau nak tahan lebih lama masak lama sedikit tanpa tinggal mengacaunya. Lebih sedap dan garing saja rempah ratusnya...Sedap dimakan bersama lemang, ketupat, roti, nasi...bak kata apa-apa saja la...
Selamat mencuba...

#####################################################

Assalamualaikum...
Saya dan suami merancang untuk berbuka di sebuah Restoran Arab di Cyberjaya hari ini.
Tetapi dek kerana nak menunaikan hasrat di  hati suami yang inginkan rendang itik sejak sebelum puasa lagi. Maka saya merendang jugaklah hari ini. Kalau dah masak nanti bolehlah anak-anak yang akan pulang kerumah sewa masing-masing bawa pulang untuk bersahur esok. selalunya rendang style minang yang saya masak kering, akan tahan lama.
Nak di jadikan cerita, malam tadi suami saya bawa pulang itik tu hidup-hidup! Ingat kan kawan baiknya yang ada bela banyak itik tu,  nak beri itik yang dah siap sembelih dan bersih ( banyak cantik!)
....Masakkkk... kami berdua nak mengerjakannya... 
Ingat nak hantar kekedai memproses ayam tapi rupanya mesin ayam berlainan dengan itik. Jadi tak da pilihan lain lah....Nasib baik dulu-dulu saya pernah tolong abah cabut bulu ayam dan bersihkan nya....dan yang penting suami saya nak membantu...kiranya rendang itik ni begitu banyak keistimewaan dan 'sentimental value' nya...

Ini antara bahan mentah yang perlu ada untuk buat rendang. Jangan lupa santan jugak!


Baunya menusuk hidung...masa baru tenggek kat atas api anak-anak saya bertanya....apa bau sedap ni?...


Selalunya saya buat rendang kering-kering supaya boleh tahan lama dan lebih enak..
Buat rendang ni memang senang, lebur ajer tapi bahagian mengacau hingga kering tu lah yang mencabar...lebih-lebih lagi waktu puasa ni...Saya ada asistant yang memang expert bab kacau rendang ni...Anak saya Amirul cukup sabar mengacau! Saya bantu bila waktu dah nak garing ajer....


Nampak tuuu....tak sabar nak rasa waktu berbuka nanti....saya nak bawa sikit ke Restoran Arab tu nanti...tentu sedap makan dengan nasi Briyani dia orang tu...
Tak nak cuba ker? Sedap tau! 

RENDANG ITIK

BAHAN-BAHAN

1 Ekor itik
(agak besar sedikit)

10 tangkai cili kering*
(rebus sebentar)

2 kilo santan

10 ulas bawang merah*

3 ulas bawang putih*

1 inci kunyit hidup*

1 inci lengkuas*

2 inci halia*

10 batang serai*

3 helai daun kunyit

2 keping asam gelugur

garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:-

1. Siang itik dan bersihkan. Masukkan ke dalam kuali.

2. Kisar bahan bertanda * dan sehelai daun kunyit. Masukkan kedalam kuali berisi itik. Masak sehingga
itik mengecut dan bahan kisar mengering.

3. Masukkan santan dan kacau rata.

4. Masak hingga pekat, masukkan garam, asam gelugur dan secubit garam

5. Teruskan memasak sehingga agak kering dan taburkan hirisan 2 helai daun kunyit yang di tinggal kan  tadi. Bolehlah diangkat ketika ini jika mau yang masih berkuah.

Saya selalunya masak lagi sehingga terbit minyak dan seakan menggoreng itik pula. Bila betul-betul kering atau serdak telah berwarna coklat kemerahan boleh di tutup api dan biarkan ia sejuk di dalam kuali. Kemudian baru di alih kedalam bekas lain.

#pastikan guna sudu ketika mengambil rendang.Kalau guna tangan cepat basi.




8 comments:

Unknown said...

https://www.facebook.com/groups/1399614277028551/permalink/2105360176453954/


somebody guna gambar puan..

red dandelion said...

Assalamualaikum...

Kak Yan, kalau saya guna itik salai boleh tak..

Azian Nd said...

Waalaikumussalam..
Boleh aje...lg sedap!

Azian Nd said...

Thanks for the info ya..
Saya dah check..

Unknown said...

Sedap... Ini baru baca resepi. Tq che yan

Unknown said...

Itik tu kena rebus dulu ke xperlu? ?

Unknown said...

Kak..santan 2kilo tu byk...nk guna campur air or amik yg juai santan fresh..tu x dia juai pekat...lau 2kilo mau stimmm mkn nati

Azian Nd said...

Itik tu lebih 2 kg timbangan nya. Ikut perkiraan yg di ajar, 1 ekor itik, ayam dan daging utk menghasilkan rendang yg sempurna 1 kg santan di perlukan utk setiap kg bahan utam sbb tak guna kerisik Boleh saja nak kuranagkan santan...ikut selera & kehendak masing-masing.