KLIK KLIK NUFFNANG

Thursday, December 29, 2016

Abuk Abuk...kuih tradisional....


Assalamualaikum..  Kuih legend ini memang penuh nostalgia..belajar membuatnya ketika saya mengambil subjek Sains Rumah Tangga kira kira 32 tahun yang lalu. Ketika itu masih terkial kial memasak...


Masih ada di dalam simpanan saya buku resepi itu . Tulis tangan lagi tu...memang ber'cinta' hendak menyalin kesemua resepi.
Rupa bukunya pun sudah cukup memperlihatkan usianya..Apa pun buku ini banyak membantu saya
sebagai rujukan untuk membuat kuih-muih dan lauk pauk tradisional.


Tak susah untuk membuatnya. Cuma bila buat kuih sebegini, gunakanlah bahan yg bermutu dan asli.
Baru naik dan 'kena' segala rasa. Saya lebih suka sagonya putih asli berbanding warna hijau..
Kalau buat untuk majlis keraian bolehlah sagonya itu di warnakan mengikut warna tema majlis...

Bab membungkus tu ramai yanag lemah semangat...hehe. Tak perlu susah hati...kita gulung aje daun pisang yang telah di layur (agar daun tidak mudah koyak) buat bentuk kon macam membungkus kacang kuda tu...
Jika untuk majlis lebih elok di buat lebih halus dan kecil. Secukup sekali suap sahaja..

BAHAN: 1 cawan sagu mata ikan. 3/4 cawan kelapa putih.Garam secukup rasa.                     Gula kabung/enau/nisan secukupnya.
Cuci dan rendam sago sebentar kira-kira 10-15 minit . Jangan terlalu menyentuh sagu kerana ia mudah rosak.Toskan di dalam tapisan. Parut gula melaka dan ketepikan. Gaul garam bersama kelapa secukup rasa masinnya. Masukkan sago dan gaul rata perlahan. Sementara itu panaskan air kukusan. Buat kelongsong daun pisang dan masukkan sago sehingga separuh kelongsong. Masukkan gula kabung dan ratakan. Tutup gula dengan sago. Tutup sago dengan melipat daun pisang dan sematkan dengan lidi.(pencungkil gigi belum guna)Ulang sehingga selesai. Kukus selama 30 minit,

    Jika mahu hasil yang enak...gunakan:-
a) Kelapa inti muda putih dikukur.
b) Gula kabung/enau/melaka/kerek
(pilih salah satu..)

No comments: