Saturday, January 25, 2014

Pandan Snow Cheese Cake


Telah beberapa kali saya cuba membuat Snow Cheese Cake. Almaklumlah memang tengah rancak sana sini menayangkan kek ini dengan berbagai jenis perasa. Bagi saya kek ini memang 'mewah' rasanya. Memang di gemari kanak-kanak dan remaja apatah lagi yang banyak cheese cair dan yang di tabur tu... 


Kali ini saya buatkan kek sponge pandan. Lebih ringkas dan ringan. Mungkin selepas ini nak try kek perisa tiramisu pula atau ala-ala roti boy...errrmmm tentu lebih nafsu nak memakannya dengan banyak...hihi.. Kalau nak di ikutkan hati nak ajee saya beli yang dah siap yang banyak di jual...Tapi dah begitu lama saya tak buat sponge kek selepas masuk kelas beberapa tahun yang lepas.


Nak buat kek sponge tak la susah sangat, cuma perlu kena teknik yang betul...In Sha 
 Allah menjadi...Tapi kali ini saya nak try resepi dari Pn Azlita Masam Manis. Nampak menarik...sebenarnya resepi sponge kek ni sama saja...cuma terdapat sedikit lebih dan kurang dari segi sukatan bahannya saja....


Terdapat beberapa perkara yang perlu kita titik berat kan apabila membuat kek sponge. Diantaranya ialah mentega cair perlu di sejukkan terlebih dahulu dan tidak boleh terlalu di adun. Adunan tidak boleh terlalu di pukul kembang.  Oven terlalu panas atau oven tidak di panaskan terlebih dahulu...


KEK SPAN PANDAN
Sumber: Masam Manis

BAHAN-BAHAN

150 gm tepung naik sendiri
150 gm gula kastor
5 biji telur
80 ml air daun pandan
80 ml menteg cair/minyak jagung
1 tbsp ovallete
2-3 titik pewarna hijau
1 tbsp pandan emulco
[cap koe poe-koe poe]

CARA:- [cara saya guna teknik yg di kelas]

1. Ayak tepung dan ketepikan.Gris dan alas loyang dengan kertas pembakar. Pastikan keliling loyang juga di alas dengan kertas.
2. Putar gula,ovallete dan telur hingga kembang. Masukkan pula  air daun pandan , pewarna dan pandan emulco. Putar lagi hingga betul betul kembang.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dgn mixer bergerak dengan kelajuan perlahan.
Apabila sebati, masukkan marjerine cair/minyak. Gaul sebentar sahaja.
4. Masukkan kedalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah di panaskan selama 10 minit terlebih dahulu. Bakar 40 minit dengan suhu 160 celcius.

TOPPING:-

250 gm cream cheese
(philladelphia, tatura dsb)
1/2 cawan susu pekat
100 ml whipping cream
1/2 cawan fresh milk
Instant process cheddar
(di sagat)

CARA:-
1. Biarkan cream cheese di suhu bilik sebentar.
2. Bila telah lembut, putar sehingga kembang.bersama susu pekat dan whipping cream. 
3. Potong 2 atau 3 lapis kek pandan.Sapukan cream yang di putar dan lekatkan semula. Masukkan kedalam bekas (saya guna bekas aluminium)
4. Masukkan fresh milk kedalam lebihan cream dan putar sebentar. Cream akan menjadi lebih cair.
Tuangkan di atas kek dan tabur kan Cheddar cheese yang telah di sagat juga hiasan yang lain.
Simpan di dalam peti sejuk.


5 comments:

Bbwana adienia said...

salam..

snow cheese cake memang sedap kan..apalagi bila dibuat dengan pelbagai jenis perisa..sya pun baru ja buat dan makan kek ni tapi sya buat perisa coklat..sudap dan yummy..heheh..

Gee® said...

Yan... meleleh ai taww...!!!

Umie Jazz said...

Assalamualaikum yan aduh snow chhese lagi..mmg sdapkan...

mizz miaizzati said...

mabeles...sedap ni kek cheese

Hidayah Azman said...

Kalau takda tepung naik sendiri mcm mana ye ? Tepung gandum berapa gm ? Dan baking powder berapa suduu.. saya dh nak buat ni siss harap2 menjadiii :p