Sunday, April 21, 2013

KUCAI GORENG BERKELAPA


Adalakala kenangan lama terimbau kembali membuatkan kita akan mengingati akan sesuatu yang pernah kita lalui. Aduhai...tiba-tiba teringat kembali kenangan bersama teman guru menikmati juadah tengahari bersama, di rumah Kak Zaharah pembantu tadbir di sekolah tempat saya mengajar .
Masih tersimpan di kotak fikiran walaupun ianya telah berlalu hampir 25 tahun...
Sungguh enak air tangan Kak Zaharah menghidangkan kami Kari Ketam dan beberapa juadah lain. Yang paling tak dapat dilupakan ialah Kucai Goreng Berkelapa. Itulah pertama kali saya makan kucai yang di goreng sebegitu dan gandingannya bersama Kari Ketam membuatkan saya makan bertambah-tambah.



 Kerana ingatan yang kuat itu saya cuba juga masak kucai seperti bayangan rasa yang saya ingati...
Cuma tak sempat nak masak kari ketam kalau tidak tentu lebih ummmpphh.
Dan....alamak...saya terlupakan biji sawi la....hehe...
Namun tetap sedap...lemak-lemak kelapa dan manis udang, sesekali di sulami kepedasan cili kering potong dan kerangupan sayur kucai memikat selera...
Masakan ini lebih ke arah masakan kaum India/mamak...Menurut kata Kak Zaharah, beliau belajar dari emak mertuanya...orang Penang gitu....


KUCAI GORENG BERKELAPA
BAHAN-BAHAN

1 ikat daun kucai
(Cuci dan keringkan)

1 genggam kecil kelapa parut
(putih saja)

200gm isi udang
(udang putih kecil lebih sedap)

3 ulas bawang merah*

1 ulas bawang putih*

1/2 biji bawang besar
( potong kasar)

2 tangkai cili kering

1 tsp biji sawi
(Skip klu tak suka)


CARA MENYEDIAKAN:-

1. Tumbuk bahan yang bertanda *. Potong daun kucai sepanjang 2 inci.

2. Bersihkan udang dan cuci serta toskan.

3. Gunting cili kering ikut citarasa.

4. Tumbuk sedikit kelapa parut supaya tidak kasar.

5.Tumis biji sawi, cili kering dan bahan yang di tumbuk sehingga kekuningan.

6. Masukkan udang dan bawang besar. Gaul rata. Masak sebentar udang .Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

7.  Masukkkan pula daun kucai dan kelapa parut. Gaul rata dan masak sebentar supaya daun kucai tidak terlalu layu.

4 comments:

Gee® said...

Sedapnya meratah...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

lain dari yg lain ni azian.. memang tak pernah tengok masakan begini.. nampak sedap..tq sharing

rostina76 said...

salam azian....menarik le urap kucai ni. saya pernah makan yg daun selom ala2 bt camni tapi kucai ni mmg no idea blh bt urap. tq for sharing

LOVELYGIFT AND HOME DECO said...

Mesti sedapkan...