Tuesday, October 9, 2012

Wantan Mee Azian Style


Hari ini saya masak Wantan Mee. Selain permintaaan dari rakan di alam maya meminta saya mengupload N3 mengenainya, ianya juga merupakan kegemaran anak-anak saya. Emak nya juga!
Kalau makan kat food court atau restoran memang tak puaslah nak menikmati wantan nya. Selalunya ada 3 ketul ajer yang di letak dalam mee tu. Tapi kali ni amik ko....Sepuas hati berapa nak ambik la....Intinya pula tak la seciput ajer....
Cukup happy bila tengok anak-anak makan dengan sepuasnya.



Kebetulan cili padi tengah berbuah lebat...apa lagi kita makan yang fresh la...dari ladang.
Dan cili jeruk buatan tangan akak ni sentiasa ada dalam fridge tu...Penyedap segala rasa dan penambah segala selera...boleh bertambah mangkuk kedua....


Aduh dalam gambar ni dah macam rentung pulakla ayam saya tu...sebenarnya tidak ya...
Bila kita gunakan madu ketika menggoreng ayam, ayam memang lebih gelap rupanya. 
Hitam-hitam si tampuk manggis walaupun hitam sedap habis!


Nikmat betul bila mee dan wantan di makan bersama cili jeruk...Emmmm tak tau la nak cakap ...lu rasa la sendiri....
 Kesedapan Mee Wantan terletak kepada jenis/rasa minyak bijan yang di gunakan. Saya hanya ada stok minyak bijan brand nona ajer.



Yang ni tunggu masa nak ngap ajer..
Ok la ok la...jom kita tengok resepinya ya...Lepas tu jangan lupa buat tau...

WANTAN MEE

BAHAN-BAHAN

1 peket mee wantan
(celur sebentar dan tos)
4 ketul ayam

seikat sawi
(potong dan celur)

2 hiris halia

BAHAN WANTAN

200gm isi ayam*

2 ulas bawang merah*

2 batang daun bawang*

2 hiris karot*

1 tsp lada sulah

sehiris lemon

secubit garam

1 tsp minyak bijan

1 tsp tepung jagung

kulit wantan secukupnya

KICAP UNTUK MEE

4 tbsp kicap pekat

2 tbsp kicap cair

2 tbsp sos tiram

3 tbsp minyak bijan

2 ulas bawang putih

1 cawan stok ayam

BAHAN PERAPAN AYAM

2 Tbsp sos tiram

3 tbsp kicap pekat

2 tbsp madu

sedikit lada sulah


CARA PENYEDIAAN:-

1. Rebus ayam bersama halia sehingga masak.(saya masukkan juga sepotong kecil asam keping) Angkat dan toskan. Air rebusan ayam di ambil satu cawan dan selebihnya jadikan sup.(masukkan bawang besar,garam dan lada sulah)

2. Perap ayam sebentar dengan bahan perapan. Goreng sebentar saja jika inginkan ayam yang moist.

3. Untuk kicap mee, tumbuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak. Bila kekuningan, masukkan 1 cawan stok ayam tadi bersama bahan-bahan kicap mee yang lain kecuali minyak bijan. Tutup api bila menggelegak dan masukkan minyak bijan. Kacau rata.

4. Bila nak menghidang, tuang sedikit kicap mee pada mee wantan yang telah di celur tadi dan gaul ratakan. 


5. Cincang halus bahan-bahan bertanda* untuk membuat wantan. Satukan kesemua bahan membuat inti wantan. Gaul rata-rata. Untuk membentuk boleh di buat seperti dalam gambar untuk bentuk yang paling mudah...


6. Apabila telah selesai bolehlah di rebus di dalam sup yang kita sediakan tadi. Air ayam yang keluar akan menambah kesedapan sup.

7. Hidang Wantan Mee bersama ayam yang telah di potong/siat, sawi ,wantan yang telah di rebus sup dan semestinya cili jeruk atau cili padi berkicap.
Boleh juga wantan di masukkan kedalam sup.

Selamat mencuba.


6 comments:

inahar ali said...

salam rindu yan..ekcelinyer akak x pernah lg merasa mee wantan nih..selalu tgk kt kedai jer tp x pernah rasa nk beli tp bila tgk yan punyer ni mengancam la pulak..adehh!!

Chik Mimi said...

sedapnyaaaa ,kita pun saa ngan kak ina terguda tgk mee wantan tu

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam azian..
nampak sgt menggiurkan.. teringin nak mencuba.. tp bila tengok bahan & cara membuat mcm complicated juga ye.. kena ada masa yg panjang sikit nak prepare.. hehe... apa2pun t.kasih share resepi menarik ni ye.. bila azian mention kesedapan tu memang menelan air liur juga kita.. sabar jelah.. heee..

Rohah said...

menyeelrakan nengok set hidangan ni kak..

Ummi Hanifah said...

mcm kat restoran chinese pulak rasanya

radz kaber said...

yang nie pakai wantan mee yang halus ker? nampak mcm tebal jk mee nye...

lama dah cari sebenarnya mee wantan nie.. susah nk dapat orang yg jual halal...

www.mnmforlife.blogspot.com