Wednesday, June 6, 2012

Kari Telur Berkerisik


Dah lama betul saya tak masak kari telur. Kadang-kadang tu teringin juga...Cuma kuat nya keinginan tu 

belum dapat mengatasi segalanya. Semasa saya masak nasi tomato sebenarnya saya nak gandingkan dengan 

Kurma Telur. Ada teman yang mengatakan Kurma Telur Berkerisik enak di makan bersama Nasi Tomato. Tapi dek Non...

bila nak menumis rempah kurma pulak dah habis...yang ada rempah kari ikan ajer... Apa lagi tukar

 plan lah jawabnya...


Kali ni saya buat kari agak pekat dan berkerisik. Aroma kerisik tu cukup menaikkan nafsu makan bila kuah 

kari tu menggelegak. Sedaaap tau! kalau makan dengan pulut kuning pun sesuai.....Rasa-rasa mcm nak

 masak Kari Telur begini jugalah nanti bila buat pulut kuning.Cuma saya perlu masak kuahnya seperti kari 

biasa kerana bila makan dengan pulut perlu ada kuah untuk di cicah ....

KARI TELUR BERKERISIK

BAHAN-BAHAN

6 biji telur rebus

5 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1 inci halia*

1/2 inci lengkuas

2-3 batang serai

1 peket rempah kari ikan

1 cawan santan 

1/2 cawan kerisik

1/2 tsp halba + biji sawi

sedikit gula dan garam

asam jawa secukup rasa


CARA MEMASAK:-

1. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas.

2. Tumis halba dan biji sawi seterusnya bahan yang telah di tumbuk dan serai yang dititik.

3.Masukkan rempah kari yang telah di cairkan. Masak sehingga agak garing dan masukkan sedikit air 

supaya pes kari cair semula. (ini utk memastikan rempah benar-benar masak).

Kacau lagi dan masak sehingga terbit minyak.

4. Masukkan kerisik dan gaul rata. Kemudian masukkan pula santan dan kacau selalu supaya kuah tidak bergentel. 

5. Bila mendidih ajer masukkan telur,air asam jawa,garam dan sedikit gula( utk beri rasa kaw).

6. Masak sehingga kuah pekat atau seperti mana yang di kehendaki kepekatan nya.






13 comments:

Qasey Honey said...

alahai sedapnye...myelerakan nmpknye tu...

HALAMANKU said...

Salam wah Kak yan rajin tu masak kari berkerisek.. kalau erma bercintanyer kalau bebetul teringin nak mkn rendang baru dibuatnyer kerisek tu ha ha ha.. tapi betul kak aperpun masakan yang buh kerisek memang lebih wangi lemak n sedap he he he

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wahh ada kari berkerisik sha dah pernah buat satu kali dulu naa..... dah hampir 2 tahun kot hehee.... teringinlah pulak.. makan dengan nasi tomato tu wahhh sedapnya...:))

azian said...

Qasey honey,
Jom makan....

azian said...

Erma,
tu la pasal jrg bonar akak msk yang ada kerisik ni...malas nak meyangai dan menumbuk sampai kuar minyak...

azian said...

Shariah.
Thanks singgah sini ya...wow lama nya tu...

~K Ham~ said...

as salam...anta kat akak ya..utk lunch nanti..hihihiii

azian said...

wkmsalam K Ham... rindu K Ham...
nak hantar? boleh ajer...nanti bila masak yg lain sbb yg ni dah selesai....

Ilhamkreatif said...

Salam kenal azian..tk berkongsi resepi telur ni,kadang tercari-cari resepi yg lain dari kebiasaan memasak telur ni..

norlieharumaini said...

sedapnya makan dengan nasi tomato tu..

azian said...

Ilhamkreatif,
Tkasih singgah sini..memang seboleh mungkin saya cuba mengetengahkan masakan yg lain dari yg lain dan kegemaran keluarga....selamat mencuba ya...

azian said...

Norliharumaini,
Betul tu....sedap..

Outbound di malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !