Tuesday, August 2, 2011

KASTARD CARAMEL


Berbuka puasa pada hari pertama semalam saya menyediakan manisan yang begitu digemari anak-anak saya. 

Memandangkan semuanya ada berkumpul maka menu ini yang saya dulukan dari list kuih muih yang tercatat.

Memang seronok melihat mereka menikmati kastard caramel itu lebih-lebih lagi dalam suasana berebut-rebut nak kan  caramel lebih.....

Seronok dan puas hati apabila apa yang kita masak di sukai anak-anak.

Memandangkan semalam merupakan hari pertama berpuasa maka saya  hidangkan Nasi Ayam 

sebagai menu utama untuk berbuka semalam. Selain amat di sukai keluarga menu ini juga tidak

 memeranjatkan perut anak-anak yang berpuasa pada hari pertama.( Gambar pun tak sempat nak snap.....)




Seperti biasa saya suka gunakan resepi ini dan untuk mendapat ketinggian yang cantik perlulah di tambah 

setengah adunan lagi . Cuma kali ini seperti yang telah di pesan oleh anak saya Ikmal, sukatan gula dan air 

untuk caramelnya saya lebihkan.


KASTARD CARAMEL
Sumber: MyR.


BAHAN-BAHAN

5 biji telur

2 biji kuning telur

400 ml susu segar

5tbsp gula kastor

2-3 titik esen vanila
(saya bubuh 1tbsp)


CARAMEL
(Versi saya)

1/2 cawan gula pasir

1/4 cawan air.

CARA MENYEDIAKAN

1. Masak gula di atas kuali hingga jernih keperangan. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil di kacau.

2. Tuang ke dalam acuan yang akan di gunakan untuk kastard. Ratakan. Ketepikan.

3. Panaskan kukusan.

4. Satukan susu dan gula kastor. Kacau hingga gula larut.

5. Satukan kesemua telur dan masukkan esen vanila. Kacau rata telur.

6. Masukkan susu kedalam telur dan kacau perlahan sehingga sebati.

7. Tuang kedalam acuan ber caramel dan kukus selama 30 minit. Angkat dan sejukkan sebentar.

8. Terbalikkan dan simpan di dalam peti sejuk. Pastikan bekas di tutup supaya tidak kering permukaannya.

9.Hidang bersama buah-buahan dalam tin atau segar.



4 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.Yan..dulu pernah cuba buat tp xjadi lak.Insallh akan dicuba lagi.nampak sedap k.yan punya karemal..

Mas said...

wahhhh...terliurnya mas tengok puding tu....
menyelerakan betoiii....
sedapp ni makan bulan puasa gini...

Gee® said...

ayooo.... ku terguda... yummy!!

Cikguzam said...

Salam Puan,
Emmmmm rasa teringat di kampung halaman, masakan bonda tercinta..