Hari ini telah memasuki hari ke 3 umat islam menyambut hari raya. Seperti biasa bila tidak
berpuasa ni mestilah kaum-kaum ibu perlu menyiapkan sarapan pagi. Lebih-lebih lagi dalam
suasana semua kaum keluarga masih lagi bercuti dan berkumpul bersama. Bagi diriku hanya
tambah seorang sahaja iaitu anakku yang belajar di KMPk bercuti seminggu.
Semasa pulang dari beraya di rumah emak dan abah tempohari ada bawa bekal pulang ketupat
segera. Tetapi tiada yang berminat nak makan lalu aku teringatkan N3 As dari Nurkasih suatu
waktu dulu yang mengutarakan resepi lontong goreng dan ala-ala masakan cina iaitu 'Lobak ko'. Maka dengan idea itu aku mengorengnya
mengikut 'version' sendiri. Memandangkan ramai yang ada dirumah akupun turut membuat
sardin gulong. Wah! seronok nampaknya anak-anak bersarapan setelah dua hari asyik makan
makanan berminyak dan berlemak.....
BAHAN-BAHAN
Ketupat/ketupat segera
3 Sudu besar cili kisar
5 Ulas bawang merah
3 Ulas bawang putih
Isi ayam / udang
Sos tiram
Sos cili
Kicap manis/masin
Kiub ayam
Telur
Fish kek
Tauhu
Taugeh
CARA MEMASAK

- Potong ketupat, tauhu dan fish cake kiub kecil.
- Tumbuk bawang merah dan putih. Tumis dengan sedikit minyak hingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.. Masukkan sos tiram, sos cili dan kiub ayam Kacau rata.
- Masukkan pula lontong dan kacau rata. Tuangkan kicap manis / masin dan gaul rata.
- Ketepikan sedikit lontong dan pecahkan telur( guna 4 biji telur) dan biar dia agak masak baru di gaul bersama lontong.
- Masukkan pula taugeh dan masak sebentau hingga taugeh agak layu. Angkat dan hidang bersama bawang goreng.
1 comment:
nak try la masak lontong goreng nieee....mesti rasanya mcm nasik goreng kannn huhu
Post a Comment