KLIK KLIK NUFFNANG

Thursday, March 19, 2009

BINGKA TEPUNG CHEK ANI

Kuih tradisional ini amat di gemari oleh anak keduaku Amirul.Lantas setiap kali aroma kuih ini memenuhi ruang rumah ku pasti dia akan bertanya bila boleh di nikmati kuih yang ibu masak itu. Oleh kerana proses membuatnya agak mudah dan tidak memerlukan tumpuan, maka selalulah aku membuatnya. Terima kasih kepada empunya resepi ini iaitu kakak ipar suamiku(ana punya biraslah..) Chek Ani. Maka kuih ini kuberikan nama sempena panggilan anak-anak ku kepadanya.
Semuga anak-anak ku akan dapat membuat kuih ini sendiri satu hari nanti. Maka di sini aku sertakan gambar sebenar acuan kuih bingka supaya anak-anak generasi akan datang akan tahu bagaimana rupa dan cara menggunakannya.

Acuan dan Penutup

Alas Acuan


Alas acuan di letakkan di atas dapur. Selepas itu, letakkan acuan di atasnya. Panaskan acuan yang telah disapu dengan marjerine dan tuangkan adunan ke dalamnya. Kuih akan mengeluarkan aroma yang lebih enak jika di bakar di atas dapur arang.

BAHAN-BAHAN

3 Senduk tepung gandum

3 Senduk gula

3 Biji telur

1 Biji kelapa parut (4 1/2 cawan santan)

5 Helai daun pandan di kisar bersama 1/2 cawan air

diambil airnya.

Sedikit garam

Marjerine

CARA MENYEDIAKAN

1. Campurkan semua bahan kecuali marjerine.

2. Kisar bahan untuk mendapat campuran yang halus.

3. Tapis campuran dan masukkan ke dalam acuan yang telah di panaskan.

4. Potong sedikit marjerine dan letakkan di atas campuran.

5. Tutup acuan dan biarkan masak selama 1 jam atau sehingga masak. Gunakan api yang kecil supaya tidak hangus.

# Taburkan bijan setelah 1/2 masak (jika suka).

Jika gemarkan keliling kuih yang garing, biarkan masak agak lama sedikit.


4 comments:

NanieKhairani said...

hi salam kenal.. nak tanya ye, kalau bakar kek guna acuan ni, kalau tak letak alas acuan tu boleh tak?

azian said...

Nanie,
Boleh jika anda pandai mengawal api.
Alas acuan itu untuk mengelakkan kepanasan yang tinggi di bahagian bawah.

Anonymous said...

Tumpang tanya, acuan tu boleh digunakan untuk bakar kek ke? Kalau boleh, selalunya bakar kek apa?

Azian Nd said...

Boleh digunakan untuk bakar kek spt kek sponge,kek pisang dsb.