Wednesday, August 22, 2012

Mee Kari Nyonya


Assalamualaikum...
Pagi-pagi lagi saya telah menerima sms bertanyakan resepi Mee Kari dari anak saudara... Katanya tak jumpa di blog saya ni...Bila saya cari balik...ada sebenarnya tapi dah lama saya upload iaitu pada September 2009. Boleh tengok kat SINI ya.
Mungkin dia nak meraikan tetamu dan nak masak Mee Kari...
Teringat pula saya ada masak Mee Kari dan suami saya ada mengambil gambarnya...cuma terlupa nak upload ajer Mee Kari ala Nyonya saya tu.....
Jadi kali ini saya masukkan Mee Kari terkini dari saya walaupun Mee nya tinggal gambar ajer ya...... Ala-ala Nyonya gitu... Serius hakak cakap SEDAP! Macam makan kat Old Town Whitecoffe pun ada.... yang pasti  cukup la semua rasa ...
Dengan kacang panjang dan terung yang saya goreng sebentar...lemak-lemak gitu....
Lebih mengancam sambal udang kering nya....Aduh payah la nak cakap....anak-anak suka sangat!
Memang mewah la Mee Kari saya tu dengan sayur-sayuran...tahu pok dan fucuk kering goreng penyedap rasa...Dah jadi kemestian kalau masak Mee Kari saya mesti letak tahu pok...itu kegemaran suami saya....


Resepi asal dari Kjee, cuma saya tambah mana yang perlu mengikut citarasa selera saya dan keluarga....
Saya juga skip kan kerang sebab masing-masing alergik makan kerang!
Terima Kasih Kjee kerana share resepi yang sedap ni.... kalau sesape nak tgk resepi dari Kjee boleh la klik sini. Untuk rujukan saya akan datang saya c/p semula juga resepinya kat bawah...


Mee Kari ni sedap dimakan dengan sambal udang kering gini....
Saya amat meminati sambal mee kari di Little Penang Cafe kat Mid Valley tuuu... Jadi saya pun masaklah sambal yang ada persamaan rasa begitu. Alhamdulillah percubaan saya berjaya. Seisi keluarga sukakan sambal udang kering ni dan menjadikan Mee Kari Nyonya saya semakin sedap dan berlemak. Walaupun tidaklah 100 peratus sama rasanya dengan sambal di restoran tersebut ...

Ok la...kalau nak cuba bagi meraikan tetamu yang nak datang berhari raya ke...bolehlah masak Mee Kari Nyonya ni....pasti tetamu suka....

Jom tengok resepinya....

MEE KARI NYONYA
Sumber: Kjee
BAHAN-BAHAN:-
1 cawan rempah kari daging babas

½ cawan cili kisar
8 ulas bawang putih
1 genggam penuh daun kari.
belacan sebesar ibu jari.
4 biji buah keras
½ ekor ayam
taupok (tahu goreng)
1 cawan pati santan
mi kuning/mi hun
taugeh

kacang panjang
Terung panjang
cara penyediaan:-
1.Tumbuk bawang putih dengan buah keras dan belacan kemudian tumis hingga wangi.
2. Masukkan cili mesin. kacau lagi sampai garing. masukkan rempah, daun kari dan kacau rata dan bubuh setengah cawan air. masak sampai jadi paste.

3.Bila paste tu dah wangi, masukkan ayam (setengah ekor) yang telah dipotong bite size. kacau dan tunggu hingga terbit air ayam tadi. Pastu bubuh air anggaran dua cawan atau lebih ikut suka kepekatannya.
3. Bila dah menggelegak, masukkan santan pekat 1 cawan. 

4. Biarkan ia mendidih perlahan hingga terbit minyak. 
rasa garamnyer. kalo guna msg blehlah bubuh kalo tak buh gula sikit. kepekatan kuah sebenarnya ikut suka masing2. ada yg suka kuah pekat, ada yg suka sedang2 dan ada juga suka cair. adjust air supaya sampai tahap kepekatan kuah yang anda suka.
5. Celur mi dan sedikit taugeh dibubuh dlm mangkuk.  begitu juga taupok , tahu goreng yg dipotong nipis  , kacang panjang dan terung yang telah di goreng sebentar dan disusun atas mi
6. Curah kan kuah dan letakkan daun pudina, hirisan limau , fucuk goreng serta sambal dan telor rebus jika suka...


SAMBAL UDANG KERING

BAHAN-BAHAN

6 ulas bawang merah*

3 ulas bawang putih*

1 inci belacan*

1/2 cawan udang kering*

1 cawan cili kisar*

2 sudu paste asam jawa

1 buku kecil gula kerek/melaka
(Boleh ganti gula biasa)

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Blend semua yang bertanda* hingga halus.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga naik bau.

3. Masukkan pula air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.

4. Masak lagi sehingga sambal benar-benar masak dan kering. Angkat.


7 comments:

  1. selamat hari raya
    sedap mee kari nyonya, en suami paling suker mee kari ni

    ReplyDelete
  2. salam lebaran & maaf zahir batin wat yan sekeluarga ye!

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya dah cuba buat ikut resepi ini. Dan hasilnya sangat memuaskan.. terima kasih kongsi resepi...;)

    ReplyDelete
  4. salam..maaf bertanya...resipi ni untuk berpa org makan yea?

    ReplyDelete
  5. Rtd Kinta, wkmsalam. Resepi ini boleh menampung untuk 5-6 orang.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Mohon share resepi, ya?. Saya selalu buat mee kari ada letak serai, lengkuas dan halia tapi yang ni simple je. Itu yang nak cuba ni. Kalau sesuai dgn saya, lepas ni tak payah nak pening2 letak bahan2 lain.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. tadi masak sambal ikut resepi sini. Cuma tukar udang kering dengan ikan bilis. Sebab allergic udang. Thanks for sharing resepi. And Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

    Jom ! jemput singgah my blog👉🏻sakinahms.blogspot.my

    ReplyDelete