Assalamualaikum wbr...
Tentu ada yang masih di kampung ya bersama sanak saudara berkumpul. Dan bermulalah rutin kaum ibu kembali menyediakan sarapan kepada semua. Sarapan ramai-ramai memang seronok. Selalunya bila dah raya ketiga ni Nasi Goreng la jadi menu..ya lah dah ramai menu itulah yang paling mudah.
Masih ada ker ketupat yang tak habis tu?... Kalau masih elok jangan di buang! Cer try masak macam yang saya buat ni...Ramai yang dah selalu buat tapi hakak nak bagi idea jugak la kepada yang belum pernah buat tu.... Kata orang kita pelbagaikan supaya tak membazir pas tu sedap pulak!
Walaupun duk rumah sendiri saya masih menganyam ketupat untuk pagi raya tempohari. Lepas sembahyang raya dan hantar anak sulong saya ke tempat kerja kami terus balik kampung. Tak jauh ...sekitar KLIA ajer....Jadi saya tinggalkan 4-5 ketul dirumah. Bila dah balik tu siapa pun tak nak makan sebab dah kekenyangan....jadi saya simpan dalam fridge. Malam tadi tak tau nak masak apa...Tu yang timbul idea nak masak Ketupat goreng ala mamak. Bila dah masak suami saya kata macam rasa Lo Bak Ko kegemaran dia pun ada...Kalau yang tak tau apa Lo Bak Ko tu boleh la pi rasa kat sebuah Kopitiam (ala ...lupa pulak namanya) yang terletak kat basement plaza Masalam Shah Alam. Kat situ ada halal punya....
Memang sedap! Cara memasaknya ala-ala menggoreng mee mamak gitu....Jom cuba....BAHAN-BAHAN
5 ketul Ketupat
3 Sudu besar cili kisar
5 Ulas bawang merah
3 Ulas bawang putih
100 gm isi ayam
5-6 ekor udang
3 keping fish kek
1 keping tahu
Sos tiram
Sos cili
Kicap manis/masin
kiub ayam
Telur
Taugeh
CARA MEMASAk
- Potong ketupat, tauhu,isi ayam, isi udang dan fish cake kepada kiub kecil.
- Goreng sebentar isi ayam, isi udang dan goreng garing tahu. Ketepikan
- Tumbuk bawang merah dan putih. Tumis dengan sedikit minyak hingga naik bau/kekuningan.
- Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.. Masukkan sos tiram, sos cili kicap manis / masin dan kiub ayam Kacau rata.
- Masukkan pula lontong dan kacau rata.
- Ketepikan sedikit lontong dan pecahkan telur( guna 4 biji telur) dan biar dia agak masak baru di gaul bersama lontong.
- Masukkan pula taugeh dan masak sebentar hingga taugeh agak layu. Angkat dan hidang bersama taburan bawang goreng dan daun bawang.
Hmmm..looks yummeh.thanks for sharing..nyam..nyam:-)
ReplyDelete