Assalamualaikum,
Cuaca agak panas seminggu ini. Bila cuaca begini ramailah yang mula tak sihat terutamanya anak-anak kecil.
Saya pun tak sihat juga...tapi sebagai ibu walaupun tak sihat akan cuba juga gagahkan diri untuk memasak.
Jadi masak pun kena cari yang mudah tak banyak kerja janji anak-anak suka dan sedap.....
Saya sangat berterima kasih kepada jiran sebelah rumah yang memperkenalkan Nasi Komok ni kepada
saya. Walaupun terlepas peluang mencuba air tangan beliau (tak da rezeki waktu dia masak saya tak da
kat rumah), dengan resepi yang di beri secara lisan dapatlah saya mencuba sendiri dan begitu puas hati
kerana anak-anak sukakannya. jangan lupa mak budak pun suka juga.
Lepas ni kena lah belajar pula macamana nak buat rempah tu biar sampai sama rasanya seperti rempah yang
di beli dari negara jiran tu.....
Kali ni sos nya agak terpedas sikit, anak-anak ambil sikit saja sosnya...Mereka lebih gemar makan ayam
dengan nasinya saja. Mereka kata itu pun dah sedap... Mana taknya, kali ini saya buat agak lebih sedikit
rempahnya ....dan nasinya pula agak melekat sedikit....
Sebelum masak saya berazam tak mau makan nasi lagi hari ini selepas ambil sarapan nasi lemak , tapi
sewaktu masak sosnya dan aroma daun ketumbar pada sos tu mula menusuk ke hidung saya dah tak boleh
tahan...hehehe rasa sikit ajer tau!
Kalau ada yang nak cuba boleh lah klik SINI. Kurang rajin sikit ni ha nak menaip. Dah 3 N3 Nasi Komok
saya buat... Apapun terima kasih kepada yang dah mencuba dan letak link kat blog.....
salam kenalan kak azian...mekasih di atas resepi yg sedap ni..sy br je cube smlm...sy bg 12/10,...over rating gitu sbb sedap sgt2......
ReplyDeleteSelamat berkenalan sabar dubai,dah cuba ya...terima kasih..wah over rating gitu...
ReplyDeleteSalam kak, kita pun dah list kan nasi ni, kalau kat sini kita beli ajer nak makan sbb sedap ehehe... dia org ni mmg pakar buat pencicah dia tu yg sedap, masam2 pedas gitu suke sgt :D
ReplyDeletesalam kak azian, liza pun rasa dh terpanggil nk buat nasi komok ni...thnx yer kak
ReplyDeletesalam azian..
ReplyDeletenampak sedap sangat nasi komok ni... kat kelantan ada jual rempah komok ya... nanti kita nak kirim sedara mara saya bila pulang ke sana.... apa2 pun minta izin saya copy resepinya dulu ya...thanks!!
Ijayuji, betul tu, mula2 akak makan nasi ni pun terpikat kat sos dia...
ReplyDeleteTry Liza...pasti tak mengecewakan...
ReplyDeleteWana,kat Kelantan akak tak pasti rempah tu ada ke di jual sbb jiran sebelah tu tlg belikan dari Thai....
ReplyDeleteNasib lah Along dah cuba, kalau tak tak dpt tido malam ni mimpi sampai kempunan...hehe
ReplyDeleteAsalam kak ...wahh sane sini nasi komok..sy nk wat tp tkut kurang sambutan.hish susah nk ramal selera org dlm umah ni...meh bg rasa sket buat lepas kmpunan ...ihihi
ReplyDelete