Tuesday, April 24, 2012

Peach Bread Pudding



Assalamualaikum semua....

Baru-baru ini saya dikunjungi oleh dua pasang pengantin anak saudara sebelah suami. Kira kalau dalam 

istilah adat pepatih ianya di panggil menyalang. Maknanya bertandang kerumah saudara mara yang

 terhampir. Kalau tak mengikuti adat pepatih pun seperti saya ni, berkunjung kerumah saudara mara selepas 

mendirikan perkahwinan adalah salah satu agenda mesti. Ini untuk mengenalkan pasangan secara lebih 

dekat. Terima kasih kepada kedua-dua pasangan Asrul dengan Yana dan Izat dengan Eja atas kunjungan

 tersebut.



Disamping menu utama, saya buat pencuci mulut ini. Terlalu biasa sangat dengan plain bread pudding kali ini

saya mengubah sedikit kebiasaan itu dengan menyediakan Peach Bread Pudding. Kebetulan fresh blueberry

 masih ada maka saya gunakan ia mengantikan raisin untuk di taburkan di antara lapisan roti bersama buah

 peach.



Saya suka dengan gandingan Peach bread Pudding ini dengan sos buah peach. 

Kalau nak tahu bagaimana rasanya kenalah cuba.....


PEACH BREAD PUDDING

BAHAN-BAHAN

10-15 keping roti gardenia
(saya guna roti hailam)

500 ml susu uht@ fresh milk

300 ml whipped cream -boleh ganti dgn susu jika tiada

5 biji telur

100 gm gula kastor

30 gm gula kastor (utk ditabur atas puding sebelum bakar)

Buah peach dalam tin 
(ketepikan1/4 buah peach dan sirapnya utk sos)

 fresh blueberry secukupnya

butter (untuk disapu pd setiap keping roti)

CARA MENYEDIAKAN:-

1. Sapukan butter pada permukaan roti. Koyak-koyakkan roti. Tinggalkan 2-3 keping untuk diletak di dasar loyang.

2.Kacau telur bersama gula sehingga gula larut. Masukkan susu dan whipped cream. 

3. Susunkan roti yang tidak dipotong sebagai dasar. Susunkan buah peach dan taburkan blueberry. Taburkan pula roti yang telah dikoyak-koyakkan rata-rata.

4. Susun buah  peach dan taburkan  bluberry. Selepas itu ratakan roti pula. Ulangi proses sehingga habis.

5.Tuangkan bancuhan susu tadi rata-rata. Biarkan sebentar supaya bancuhan terserap kedalam roti. 

6. Taburkan permukaan puding dengan sedikit gula pasir.

7. Masukkan kedalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu dengan kepanasan 180-C dengan kaedah bain marie- loyang di masukkan kedalam loyang lain yang berisi sedikit air panas selama 40-60 minit.

8. Bila telah masak, sejukkkan dan di hidangkan bersama Sos buah peach.


SOS BUAH PEACH

BAHAN-BAHAN

1/2  tin susu evaporated

buah peach + sirap
(bahagian yg di ketepikan dari bahan di atas- kisar)

1 1/2 Cawan air

1/4 cawan gula

1 1/2 tbsp tepung kastad 

CARA:-

1. Masukkan semua bahan dan didihkan di atas api perlahan sambil di kacau. 

2. Sos kastard memang cair ketika di masak tetapi akan pekat sedikit ketika masih panas dan akan menjadi pekat setelah di masukkan ke dalam peti sejuk.



2 comments:

  1. Salam..nampak menarik betul puding ni...pasti sedap buat hidangan petang bersama family

    ReplyDelete